Kawan2 mnangis lihat keadaan beliau.. slepas dikerjakn ke Hospital, Doktor sahkn ini brlaku dgn Lan Pet Pet..
Anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet berkongsi detik cemas apabila dikejarkan ke Hospital Melaka pada malam 31 Ogos lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Mengulas lanjut, Lan berkata, doktor memberitahu terdapat beberapa saluran jantung tersumbat, namun dia enggan mempercayainya.
Sebaliknya, Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 55, memaklumkan penyakitnya itu barangkali berpunca daripada terlewat makan lantas menyebabkan perutnya masuk angin.
“Malam 31 Ogos lalu memang betul saya jatuh sakit dan dimasukkan ke zon merah di Hospital Melaka, jam 10 malam.
“Doktor beritahu ada empat saluran tersumbat. Saya tak rasa ada penyakit jantung dan kejadian berlaku disebabkan masalah lain.
“Biasalah orang tua. Mungkin saya terlupa makan atau perut masuk angin sebab itulah sakit. Waktu makan selalu tak menentu.
“Sebelum ini, saya pernah menjalani pemeriksaan jantung dengan doktor pakar di Alor Setar, Kedah. Tapi, disahkan tidak mempunyai masalah jantung.
“Lagipun, saya seorang yang aktif bersenam. Itu yang saya hairan bila doktor cakap saya ada masalah jantung,” katanya ditemui pada majlis pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 36 di Courtyard by Marriot Kuala Lumpur South, di ibu negara, Rabu lalu.
Bagai ada keajaiban, Lan berkata, kesihatannya kembali pulih selepas tidak berhenti berzikir dan mengerjakan solat Tahajud.
“Selepas kembali sihat, saya minta keizinan daripada hospital untuk membolehkan saya kembali teruskan kerja dengan membuat persembahan sempena konsert merdeka.
“Pihak hospital membenarkan saya keluar dengan syarat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kejadian yang berlaku.
“Sebelum itu, saya ada buat video beritahu anggota Senario yang mereka kena buat persembahan tanpa saya. Jadi, bila nampak saya kembali ke konsert, mereka menangis.
“Kami sudah macam adik-beradik. Apabila ada ahli yang sakit sudah pasti kami bersedih atau risau,” ungkap Lan.
Enggan mengambil risiko dan atas nasihat doktor, pemenang kategori Penghibur TV Popular ABPBH tiga tahun berturut-turut itu akan membuat pemeriksaan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu, berita mengenai Lan jatuh sakit pada malam 31 Ogos dikongsi sahabatnya, Saiful Apek.
Saiful dilaporkan berkata, kejadian membuatkan dia trauma kerana teringat pemergian anggota Senario, Allahyarham Hamdan Ramli yang tiba-tiba jatuh sakit sehari sebelum Senario membuat persembahan pada Januari lalu.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.