Gambar sekitar majlis kawin, Tak sangka bukan calang-calang tetamu yang datang

Pendakwah bebas dan pempengaruh, Ahmad Mohd Yusof atau mesra disapa Beymad yang mengadakan majlis bertandang secara sederhana telah berjaya tarik perhatian ramai, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Beymad di laman TikToknya, kenduri tersebut turut dihadiri para guru agama, ulama, penduduk setempat serta pengikut-pengikutnya di media sosial.

Penampilan ringkas pempengaruh

@beymad_ Terima kasih semua para Tuan Guru yang hadir. Terima kasih semua followers MADIZZ yang hadir kenduri saya baru2 ni. Saya sangat hargai. Maaf jika tak dapat layan semua. InsyaALLAH nnti raya kita buat open house pulak na. Doakan kami ya. Terima kasih. Salam sayang untuk semua🥰#ahmadyusof #madizz ♬ Wedding Nasheed – Eza Sholawat 🕊️🇸🇦

Dalam video itu, dapat dilihat Beymad dan isterinya, Nurina Izzyani (Izz) tampil dengan penampilan ringkas iaitu berjubah serba biru beramah mesra dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut termasuklah, bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli.

“Terima kasih semua para Tuan Guru yang hadir, terima kasih semua followers MADIZZ yang hadir kenduri saya baru-baru ini.
“Saya sangat hargai, maaf jika tak dapat layan semua..insya-Allah nanti raya kita buat open house pula ya. Doakan kami ya, terima kasih sayang semua,” ujar Beymad.

Penampilan ringkas pempengaruh

- IKLAN -

Ini baru betul Wedding Of The Year!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji busana yang digayakan oleh pasangan tersebut malah, ramai memuji isteri Beymad menutup aurat dengan sempurna serta tidak memakai sebarang hiasan dan solekan yang mencolok mata.

- IKLAN -

Majlis penuh keberkatan

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa syukur apabila pasangan merpati dua sejoli itu melaksanakan majlis kenduri mengikut panduan Islam yang ditetapkan tanpa melakukan perkara atau perbuatan yang boleh melalaikan.

Sekadar info, Beymad dan isterinya selamat diijab kabulkan di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 5 Oktober lalu dengan mas kahwin sebanyak RM2,000.

Sumber: TikTok @Ahmad Yusof