Hantu Penanggal cuba masuk rumah ibu hamil melalui tingkap bilik tidur

Penanggal (nama lainnya : balan-balan, tengelong atau kuyang) merupakan antara satu hantu yang biasa didengari dalam kalangan masyarakat kita. Dikatakan, makhluk halus ini sentiasa mencari ibu-ibu hamil sebagai sasaran mereka di malam hari. Apa yang menyeramkan, Hantu Penanggal itu akan berlegar dengan kepala serta organ mereka yang terpisah dari badan.

Gambar sekadar hiasan

Hantu Penanggal cuba masuk rumah ibu hamil melalui tingkap bilik tidur

Baru-baru ini, penularan video menyaksikan Hantu Penanggal dikejar oleh ramai penduduk di sebuah desa ini cukup menarik perhatian ramai. Mempunyai warna jinggal menyala seakan-akan api, sumber berkata makhluk terbabit awalnya didapati cuba masuk ke dalam tempat tinggal seorang wanita hamil.

Peristiwa seram ini berlaku di pendalaman Barito, Kalteng

Mujurlah wanita berkenaan sempat menjerit kuat sehingga didengari penduduk sekitar. Bagi memastikan orang lain daripada menjadi ‘target’, mereka telah mengejar Hantu Penanggal berkenaan yang terus berlegar-legar di udara. Terlihat suasana di kawasan perumahan itu bertukar kecoh apalagi dengan sinaran lampu suluh yang dibawa oleh warga kampung.

Pengakhiran adegan mengejar Penanggal terus menjadi tanda tanya

Hingga kini, kisah lanjut mengenai adegan kejar mengejar itu di desa terbabit masih belum dapat dipastikan lagi. Namun sejak dikongsikan semalam, rakaman seram itu sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

KREDIT : Aplikasi X Benbela

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*