Imam Surau Di Kepala Batas Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Subuh

Dilaporkan seorang imam di Surau Permatang Pak Elong, Yakob Ramli meninggal dunia dalam keadaan sujud semasa mengimamkan solat subuh.

 

Terdahulu tular gambar menunjukkan beberapa orang jemaah surau cuba untuk memberikan bantuan pernafasan kepada Allahyarham Yakob.

 

Imam tiba-tiba tidak bergerak semasa sujud

 

 

Allahyarham dikatakan tidak bergerak dan terdiam semasa melakukan sujud sajadah sebelum bantuan diberikan.

 

Allahyarham Yakob disahkan meninggal dunia sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Bogak selepas solat Jumaat.

 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan takziah

 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Menerima perkhabaran duka Allahyarham Yaakob Ramli, Imam Surau Permatang Pak Elong telah kembali ke rahmatullah pagi tadi

“Allahyarham meninggal dunia sewaktu sujud sejadah pagi ini di Surau Permatang Pak Elong. Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Permatang Bogak.

 

“Takziah diucapkan kepada Nurazimah Yaakob dan keluarga. Encik Nazli Aziz, Pegawai Pusat Khidmat ADUN Bertam mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham,” ujar hantaran itu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.