Tahniah Intan Najuwa sah berkahwin.. Jumlah Wang hantaran pula jadi perhatian..

PELAKON Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang pada Jumaat.

Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, dan Ahmad Azraf disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel mewah iaitu One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadut yang berwakil walikan bapa kandungnya iaitu Abdul Wahid.

Pada majlis tersebut, Ahmad Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.

Nikah

Pasangan ini dinikahkan oleh Datuk Dr Nooh Gadut.

Angka dua dalam mas kahwin dan wang hantaran adalah sebagai simbolik tempoh dua tahun perkenalan pasangan berkenaan.

Pada majlis itu, Intan tampil dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen Fiziwoo manakala solekan oleh Datuk Alha Alfa.

Pasangan itu memilih 18 Ogos untuk disatukan sebagai suami isteri bersempena dengan sambutan hari jadi aktes tersebut.

Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.

Pelakon drama bersiri Jesnita itu menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berjalan lancar dan berharap doa orang ramai mereka bahagia melayari rumah tangga.

Kata Intan, meskipun sudah bergelar isteri, dia akan meneruskan karier lakonan selain memberi fokus kepada pengajian dan perniagaan yang dijalankan.

Bersama Ibu

Intan mengenakan persalinan rekaan Fiziwoo.

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang,” katanya.

Pada Februari lalu, mStar menerima maklumat Intan dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk.

Intan ditemani ibunya.

Sumber memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun ketika ditanya media, aktres berkenaan memilih untuk mengunci mulut.

Untuk rekod, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan ekoran sudah tiada persefahaman.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.