Hafiz Suip akui tiada ruang rujuk – “Kami sudah cuba, perceraian paling baik untuk semua”

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip mengesahkan kemungkinan untuk kembali bersama bekas isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, hampir mustahil selepas pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu.

Menurut Hafiz, 35, perceraian berlaku selepas setahun kedua-dua pihak berusaha memulihkan rumah tangga namun gagal menemui persefahaman. “Kami sudah berusaha, sudah cuba perbaiki hubungan. Tetapi apabila kesefahaman hilang, itu tanda jodoh berhenti di situ. Perceraian adalah jalan terbaik,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra media di Wangsa Maju, malam Isnin.

TONTON VIDEO :

@ohbulanofficial Replying to @mohammadhassanhus Semoga dipermudahkan urusan 🥺#ohbulan #fyp #news #hafizsuip #cerai #talaksatu ♬ original sound – OHBULAN!

- IKLAN -

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafizSuip (@hafizsuip90)

Pelantun Awan Nano itu mengakui menggalas status bapa tunggal bukan perkara mudah, namun dia reda dan mahu terus fokus membesarkan dua putera – Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5. Buat masa ini hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada Nureffy, sementara Hafiz menetap di Kuching dan merancang datang ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bermalam bersama anak-anak.

Hafiz mengakui bukan mudah memegang status bapa tunggal.

“Saya pilih ibu mereka sebagai penjaga kerana anak akan lebih selesa. Tanggungjawab saya ialah hadir, beri kasih sayang dan pastikan kebajikan mereka terjaga,” ujarnya, sambil menegaskan hubungan dengan bekas isteri kekal baik demi kesejahteraan anak.

Ditanya soal kemungkinan rujuk, Hafiz ringkas menjawab: “Proses mahkamah sudah selesai. Kalau sebelum bercerai mungkin ada ruang, tetapi sekarang tidak. Kami hormat keputusan ini.”

Hafiz (kanan) terbuka menerima kunjungan bekas isteri dan anak-anak ke konsertnya.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu bakal muncul dengan konsert solo berskala besar, Di Sebalik Aku: Hafiz Suip, di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan. Hafiz terbuka mengundang Nureffy dan anak-anak hadir menyaksikan persembahannya. “Tidak ada dendam. Saya alu-alukan kehadiran mereka; yang penting semua berdamai dan terus ke depan,” katanya.

Sumber – Ohbulan