[VIDEO] MCMC siasat pengguna TlkT0k buat k0nten Iucah promosi produk
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil maklum dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan video berunsur Iucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
MCMC dalam ciapan maklum balas terhadap seorang pengguna X pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya menyarankan pengadu untuk membuat aduan secara terus di laman sesawang MCMC.
Tangkap layar video memaparkan aksi tidak sopan dan menghairahkan untuk mempromosikan produk jualannya.
“Ia bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan,” katanya.
VIDEO:
Tolonglah report beramai2 akaun ni, kita xleh nak halang orang main tik tok tapi sekurang2nya blh halang marketing lucah bodoh camni.. @MCMC_RASMI tak boleh amek tindakkan ke?https://t.co/28VCifgg31 pic.twitter.com/NwvRkfc3qY
— Faiz Fayeshz 🇲🇾 (@faizfayeshz) November 10, 2024
Maklum balas tersebut adalah berkaitan pengguna TikTok yang memuat naik kandungan video tidak sopan sebagai cara mempromosikan produk jualan.
Pencipta kandungan tersebut juga membuat aksi-aksi dan suara yang menghairahkan penonton.
“Tolonglah buat aduah beramai-ramai akaun ini, kita tak boleh halang orang main TikTok, tetapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah macam ini,” gesa @faizfayeshz.
Kredit-majoriti
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.