“Kantoi buat group chat kutuk belakang, Kieda dedah mesej perbualan sblm buang staff.
Memulakan bisnes kecil-kecilan dari rumah sampailah ia viral ke seluruh Malaysia, perjuangan Kieda membina empayar perniagaannya bukanlah satu hal mudah. Namun terbaru, wanita tersebut sekali lagi diuji dan kali ini ia benar-benar berat lantaran melibatkan isu dengan pekerjanya sendiri.
Tunggu bulan depan, dapat gaji baru blah…Nanti kita story ya
Sebentar tadi di aplikasi TikTok, Kieda mendedahkan penemuan sebuah group chat yang dibuat oleh pekerjanya di mana ia terdiri daripada 12 orang ahli secara keseluruhan. Grup terbabit katanya digunakan oleh mereka bagi tujuan meluahkan rasa tidak puas hati perihal kerja sekaligus mengutuk Kieda. Tidak pasti apakah punca kemelut itu terjadi, namun ada yang sudah mula mencari kerja lain dan bercadang mahu berhenti setelah menerima gaji bulan hadapan.
Terima kasih manusia yang aku pernah layan bagai keluarga, tapi dikhianati macam musuh
Sepanjang menjadi majikan, Kieda berkata pihaknya sudah cuba melakukan yang terbaik dalam menghargai semua staf termasuklah melayani mereka umpama keluarga sendiri. Siapa sangka dalam diam, rupanya mereka sedang mengkhianati Kieda di belakang.
Tak payah berhenti serentak, saya sendiri minta hangpa letak surat letak jawatan
Cukup terkilan apabila mengetahui hal tersebut, Kieda tidak melenting. Dengan cukup tenang, dia segera meminta 12 orang staf terbabit untuk menyerahkan surat perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam. Usahawan ini kemudiannya mendoakan semoga mereka semua dapat menemukan tempat kerja lebih baik selepas ini.