Akhirnya ramai yang gembira tiada lagi khemah biru, indah je keadaan pantai tu sekarang

PANTAI sering menjadi lokasi tumpuan masyarakat untuk beriadah sambil menikmati keindahan laut yang terhampar luas.

Namun perlu diingat, seiiring dengan namanya iaitu pantai awam, kemudahan ini seharusnya dikongsi dengan bertimbang rasa sesama pengunjung.

Kecoh sejak kebelakangan ini di media sosial, ekoran sesetengah pantai di Malaysia diperhatikan menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi untuk orang ramai berteduh dan beristirahat.

Pantai sesak dengan pengunjung ketika hujung minggu dan musim cuti persekolahan. -Gambar hiasan

Rasa kurang senang segelintir pihak mula timbul susulan deretan kanopi yang didirikan itu mencacatkan pemandangan.

“Pening sekejap, aku ni dekat pantai atau sebenarnya di pasar malam,” kata seorang warga maya berseloroh.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran tular di laman X, seorang pelayar tampil menceritakan pengalamannya berurusan dengan individu yang bertanggungjawab mendirikan khemah berkenaan

Menurutnya, dia ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pantai sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dan tidak menyangka akan timbul ketegangan melibatkan individu tersebut.

“Aku dengan keluarga bentang tikar untuk berkelah depan khemah mereka tu. Tiba-tiba datang seorang lelaki ni menghampiri kami, rupanya dia yang jaga khemah dekat situ.

“Dia beritahu tak boleh duduk sini (depan khemah). Tapi saya berkeras, tak mahu berganjak. Lelaki tu siap perli kami lagi, tapi kami buat tak tahu je. Bukannya dia boleh buat apa pun dengan kami.

Ajar sikit puak ni, menyampah betul buat pantai tu macam mereka yang punya.

WARGA MAYA

“Saya orang tempatan di sini, saya lebih tahu,” ujarnya menetapkan pendirian.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut menyokong tindakan pelayar itu.

“Amboi siap buat peraturan tak boleh bentang tikar dekat pantai awam, kau ingat kau siapa? Bagus apa yang encik buat, ajar sikit puak ni, menyampah betul buat pantai tu macam mereka yang punya.

Pelayar meluahkan rasa kesal.

“Suka hati je pacak khemah dekat pantai dan minta bayar, kalau macam tu, kita pun ada hak nak bentang tikar dekat mana-mana yang kita suka. Apa salahnya? Asyik mereka je nak bolot semua.

“Boleh laporkan benda ni ke pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diambil tindakan, pantai bukan premis perniagaan.

“Aktiviti mereka ni akan membunuh industri pelancongan tempatan, aku pernah cuba sewa kanopi tu, satu lot harga RM50. Memang cekik darah, nanti jangan bising kenapa orang kita lebih suka bercuti ke negara jiran,” kata warga maya.

Kerajaan Negeri akan ambil tindakan terhadap peniaga khemah di pantai Port Dickson

Susulan timbul kekecohan yang mendakwa pengunjung dilarang meletakkan tikar di Pantai Teluk Kemang, Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang masih berdegil menyediakan perkhidmatan sewa khemah di sepanjang pantai Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J. Arul Kumar berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk merampas khemah haram yang dipasang di kawasan bukan persendirian.

Jelas beliau, MPPD sebelum ini pernah melakukan sitaan, tetapi terdapat pengusaha lain yang dikesan menceroboh lokasi tersebut. Dan disebabkan itu, sudah tiba masanya untuk tidak bertolak ansur dan MPPD akan mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap sektor pelancongan di Port Dickson.

Khemah di pantai awam tidak dibenarkan oleh undang-undang tempatan kerana ia adalah tanah kerajaan untuk aktiviti rekreasi rakyat.- Kata Arul Kumar.

“Pemasangan khemah itu sendiri memang tidak dibenarkan oleh undang-undang tempatan di pantai awam kerana ia adalah tanah kerajaan untuk rakyat bebas melakukan aktiviti rekreasi,” katanya.

Konsep khemah pada asalnya hanya boleh dipasang atas permintaan pengunjung yang mahu berteduh daripada sinaran matahari. Malangnya, ada yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Malah orang awam dipaksa untuk menyewa khemah tersebut.

Media sosial kecoh dengan isu khemah biru…

Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila peniaga di Pantai Teluk Kemang didakwa melarang pengunjung daripada meletakkan tikar, sekali gus menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati kerana pantai adalah hak milik awam.

Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap sektor pelancongan di Port Dickson.

Sumber: Utusan Malaysia dan mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.