6000 Pil Kuda : Keluarga Dakwa Ada Unsur Khianat Oleh 2 Suspek Yang Masih Lolos
Kira-kira 4 hari lalu, kita dikejutkan dengan berita penangkapan 6 orang rakyat Malaysia (termasuk seorang penyanyi & suaminya) di sebuah hotel terletak di Sungai Golok, Thailand bersama 6,000 bahan terlarang jenis pil kuda. Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand, terdapat 2 lagi suspek yang berjaya melarikan diri dan masih belum dikesan sehingga sekarang.
Keluarga mendakwa tangkapan Jumaat lalu adalah dirancang?
Ditangkap setelah berseronok di sebuah pusat hiburan, keenam-enamnya kemudiannya turut disahkan ‘positif’ Methampitamine menerusi ujian air kencing. Tengah hari semalam, permohonan reman selama 3 bulan telah diluluskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat dan mereka semua akan ditempatkan di penjara di Narathiwat sementara pihak polis berusaha merungkai jenayah serius ini.
Kita sekarang ni tak boleh buat lebih-lebih…Kita tak tahu lepas ni apa akan jadi
Perkarangan mahkamah semalam turut dipenuhi dengan ahli keluarga suspek yang datang dari Kelantan. Berdasarkan informasi yang diterima, salah seorang daripada mereka mendakwa semua penangkapan ini mempunyai unsur perangkap daripada 2 penjenayah yang masih bebas sekarang. Tambahnya lagi, mereka turut diberitahu mengenai kewujudan voicenote yang membuktikan adanya unsur-unsur khianat berkenaan.
Benda ni memang tak masuk akal dari segi jalan cerita
Buat masa sekarang, pihak keluarga meminta agar spekulasi tidak benar oleh orang luar mengenai perkara ini dapat dihentikan. Perbincangan dan kerjasama lanjut dengan PDRM juga bakal dilakukan. Berdasarkan kronologi dan apa yang sudah berlaku, lelaki itu menyifatkan segala ini sebagai “tidak masuk akal”.
“Ejen guaman dari Thailand ada tawar untuk bantu. Pihak kerajaan Thailand & Malaysia pun tahu benda ni khianat. Memang kedua-dua pihak tahu. Tu la kita boleh cakap”
@abeawani #fyp #kelantan #artis #thailand #narathiwat ♬ original sound – Abe Awani
KREDIT : TikTok Abe Awani
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.