“Kerja Tanpa Henti 15 Jam Sehari Demi Masa Depan Anak… Akhirnya Si Ayah Rebah, Tewas Akibat Strok.”

Kasih seorang bapa sememangnya sangat unik, ada yang dapat dilihat melalui kata-kata dan ada juga melalui pengorbanan mereka yang tidak bersuara.

Ramai bapa yang bekerja di sebalik tabir, memikul beban keluarga tanpa mengharapkan sebarang balasan walau sekadar ucapan ‘terima kasih’.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular kisah seorang bapa di Singapura yang meninggal dunia akibat strok pada 29 Mei lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Gavin Neo itu merupakan seorang pemandu kenderaan sewa peribadi (PHV) yang bekerja sehingga 15 jam sehari.

Memetik Mothership, Gavin memulakan kerjanya pada waktu petang dan bertugas sepanjang malam sehingga tiba masanya untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah pada waktu pagi.

Beliau sering memberitahu rakan-rakannya bahawa dia bekerja tanpa henti demi anak lelakinya yang berumur 17 tahun dan anak perempuan berusia 13 tahun.

- IKLAN -
Gambar: Gavin Neo via Facebook

Seorang bapa yang berdedikasi

Mendiang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami strok serebrum secara tiba-tiba.

Rakan pemandu PHV, Bryan Ang, berkongsi di Facebook bahawa Neo sangat berdedikasi dalam tugasnya dan sangat menyayangi anak-anaknya.

Ketika Bryan bertanya mengapa Gavin masih berjimat walaupun bekerja berjam-jam di jalan raya, jawapannya ringkas, “Ini untuk anak-anak saya dan masa depan mereka,” Gavin selalunya akan menghabiskan makanannya dengan sebotol minuman tenaga sebelum kembali memandu.

Beliau tidak minum arak, merokok atau berbelanja untuk dirinya sendiri.

“Gavin adalah seorang yang rendah diri dan bersahaja, sentiasa berkongsi pengalamannya dengan rakan-rakan dan pemandu baharu,” kata Bryan.

Usaha dari rakan pemandu

Rakan-rakan pemandu telah melancarkan kempen pengumpulan dana dengan sumbangan yang diterima melalui PayNow kepada kakak Gavin.

Kakak Gavin mendedahkan bahawa keluarga mereka sedang berada dalam situasi yang susah untuk menerima kehilangan secara tiba-tiba ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan tetapi meminta ruang dan masa untuk keluarga menghadapi masa sukar ini.

Gambar: Bryan Ang via Facebook

Dia turut memaklumkan bahawa anak perempuan mendiang kini berada di luar negara bersama ibunya dan belum kembali untuk pengebumian.

Gavin telah dikebumikan secara kremasi di Mandai Crematorium di majlis pengebumian yang diadakan pada 31 Mei.

Kredit- siakapkeli