Laju Caprice buat kerja, ini bukti Whatsapp influencer hilang hanya konten

Penyanyi rap dan aktivis manusia, Caprice mengesahkan bahawa kejadian tular mengenai kehilangan influencer ketika melakukan aktiviti paranormal dalam sebuah hutan di Bandung itu adalah palsu.

Pengesahan itu diperoleh apabila Caprice memaklumkan bahawa ‘talent agency’ yang menguruskan beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut mengesahkan bahawa ianya adalah rekaan semata-mata.

Malah, dakwa Caprice lagi mereka yang melakukan ‘lakonan’ tersebut tidak dibayar sebelum menemplak tindakan mereka itu yang dianggap kurang bijak.

Perkongsian tersebut didedahkan menerusi Instagram milik Caprice dengan menayang semula video aktiviti itu serta memaparkan satu mesej perbualan yang mendedahkan dan mengesahkan bahawa ianya palsu.

VIDEO : 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah ke ruangan komen, perkara ini turut mendapat perhatian pelakon Zarina Zainuddin yang mempersoalkan sikap ibu bapa influencer tersebut dan juga menegur individu yang terlibat dalam aktiviti ini yang dianggap menyusahkan ibu bapa mereka.

Dalam pada itu, ramai netizen yang mengecam tindakan mereka dan ada yang dakwa bahawa mereka boleh ‘hidu’ yang individu-individu sebenarnya sedang melakukan ‘content’ palsu.

Sumber : Instagram