Penjual kerepek OKU merangkak ambil wudhu, mahu solat awal waktu
Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang merangkak ambil wudhu kerana mahu menunaikan solat di awal waktu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, jarirharun memuat naik satu video memaparkan lelaki OKU yang merupakan penjual kerepek meminta bantuan untuk dipimpin ke tandas sebelum mengambil wudhu.
Penjual kerepek OKU merangkak ambil wudhu
@jarirharun Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri ♬ original sound – Bos Tepen
Menurut individu yang mengambil video tersebut, dia bertemu dengan penjual kerepek itu yang dikenali sebagai Saad ketika dia singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat.
Kata individu tersebut, Saad kelihatan cemas ketika dia tiba di surau tersebut dan meminta bantuan individu yang mengambil rakaman itu untuk memimpinnya ke tandas kerana dia mengalami kekejangan pada kaki.
Mahu solat awal waktu, penjual kerepek OKU merangkak ambil wudhu
“Semalam singgah ke surau sekejap, tiba-tiba abang ni datang letak motor tepi pintu masuk dan minta tolong. Nampak macam cemas.
“Rupanya, nak minta tolong pimpin dia ke tandas. Kaki dia kejang sebab duduk lama sangat atas motor katanya,” katanya.
Selepas membantu Saad, mereka kemudian meluangkan sedikit masa dan berbual sementara menunggu masuknya waktu Maghrib.
“Lepas selesai saya pimpin dia duduk atas kerusi, sembang-sembang sekejap. Saya tanya dia jual apa sebab ada nampak beg besar kat motor dia. Dia cakap jual kerepek,” ujarnya.
Mahu solat awal waktu, penjual kerepek merangkak ambil wudhu
Sebaik masuknya waktu Maghrib, Saad terus bergegas mengambil air wudhu’ untuk menunaikan solat seawal yang dia boleh dan tindakannya itu membuatkan individu yang mengambil rakaman itu terkesima.
“Tak lama lepas tu, masuk waktu Maghrib. Dia terus bergegas pergi ambil wudhu’. Betul-betul terkesima sekejap. Tengok macam mana cepat dia ‘sambut’ panggilan solat,” kongsinya.
Dalam pada itu, individu tersebut juga meluahkan rasa malu kerana sukar untuk dirinya menunaikan solat diawal waktu walaupun sempurna tubuh badan.
“Ya Allah, tiba-tiba rasa malu sangat. Malu dengan Allah, malu dengan abang ni. Kita minta macam-macam dengan dia. Tapi bila masa dia panggil solat, susahnya nak on-time,” luahnya.
Sebelum berpisah, individu yang mengambil rakaman itu sempat memberikan pesanan untuk membantu mana-mana individu seperti Saad kerana mereka berusaha untuk mencari pendapatan walaupun mempunyai kekurangan.
“Kalau namapk orang macam abang ni menjual, beli dan sokong walaupun kita rasa tak perlu barang dia jual tu sebab dia sedang berusaha denga tenaga empat kerat dia dan bukannya meminta-minta.
“Terima kasih sebab datang ‘tegur’ saya hari ini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar urusan Saad dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Semoga Allah permudahkan hidup Saad
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga diberikan kesihatan yang baik
Semoga Allah tambah keberkatan didunia dan akhirat untuk Saad
Terdapat juga warganet yang memuji penjual kerepek tersebut kerana walaupun ada kekurangan, Saad tetap berusaha untuk menunaikan solat diawal waktu.
Merangkak ambil wudhu, kau memang hebat Abang Saad
Dia lebih sempurna dari kita
Saya cemburu dengan orang hebat macam ni
Saya malu dengan abang ni
Sementara itu, Saad telah memuat naik semula video memaparkan dirinya ke akaun TikToknya sendiri dan menjelaskan dia bukanlah peminta sedekah.
“Jangan salah erti ya, saya bukan peminta sedekah,” ujarnya pada video yang dia muat naik semula.
Merangkak ambil wudhu demi tunai solat awal waktu
Sebak bila baca cerita macam ni. Walaupun penuh kekurangan, Saad tetap berusaha solat awal waktu. Kita yang sempurna tubuh badan ni macam mana pula…..
Sumber: TikTokm jarirharun
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.