” Minta abang tolong ambil video. Dia salah dengar, jadi macam ni. Takpe lah, aku terima karyanya.. ” – Angeline

Umum mengetahui yang pelakon Sabri Yunus telah pun mendirikan rumahtangga bersama pelakon dan juga sahabat baiknya iaitu Angeline Tan beberapa bulan lalu. Perkongsian berita perkahwinan pasangan ini membuat ramai peminat serta sahabat-sahabat turut tumpang bahagia.

Persahabatan yang terjalin sejak puluhan tahun lagi membuatkan Sabri dan Angeline dilihat begitu serasi bersama. Meninjau ke akaun Instagram Angeline, telah dikongsikan beberapa gambar baru yang memaparkan Angeline sedang memakai shawl.

Tulis Angeline di ruangan kapsyen mengatakan pada awalnya Angeline meminta tolong kepada Sabri untuk mengambil videonya. Namun gara-gara tersilap dengar, Sabri mengambil gambar Angeline bukannya video dan gambar-gambar itu kelihatan agak kabur.

Seloroh Angeline, meskipun hasilnya begitu, Angeline tetap menerima ‘karya’ suaminya itu. Menerusi posting lain pula, Angeline berkongsi video yang diambil oleh Sabri dan kedengaran Sabri memuji kecantikan Angeline mengenakan shawl. Sehingga kini, video Angeline menerima ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya) 

 

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Angeline ini dan terhibur dengan kapsyen yang ditulisnya. Antara komen-komen menarik adalah :

” You mmg married to pengkarya kan dear.. TAPIKAN.. Kalau ambik gambar mcm ni.. Trend anak2 muda.skrg.. Hahaha.. Slmt berpuasa.. “

” Hahaha “aku terima karyanya” mcm aku terima nikahnya.. So cute.. Tapi ok ni .. Klu husb sy, mgkin tangan saja dlm gambar. Lain2 takde.. “

” Haha.. Trus gegar gmbr. Hahahahahaha lucu abang Sabri ni. Lain yang disuruh, lain yang dibuat Apapun tetap sweet n anggun.. “

” Alahai, alhamdulillah you acknowledged his efforts and very diplomatic hihi.. Macam lukisan pulak.. Orang seni.. Salah buat pun.. Tetap berhasil.. Hebaak Abe Sabri.. “

” Cantiknya puan.. Bertambah manis apabila puan sudah pandai mengenakan pelbagai jenis tudung.. Saya tengok.. “

” Anything u wear pon tetap nampak gorgeous.. Alhamdulillah.. Comel couple ni. Semoga bahagia hingga Jannah.. “

” I suppose to call you Aunty Angeline but your face so beautiful and young. I must call u kakak.. May Allah Bless you kak Angeline.. “

Alahai sweetnya ayat Angeline buat suami tersayang. Meskipun gambar-gambar yang diambil oleh Sabri agak kabur, Angeline tetap nampak cantik dan menghargai usaha Sabri. Apa-apa pun, semoga rumahtangga Angeline dan Sabri akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG angelinetanyy

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.