“Misya memang tak tahu waktu shoot tu, perempuan tu juga shoot benda sama. Dah sampai sana baru tahu” – KAKAK MISYA

Sejak kebelakangan ini, Umisya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam kerap muncul di media sosial menerusi gandingan kerjasama dengan beberapa bisnes tudung dan baju. Namun pada semalam, kemunculannya dalam satu siri baju raya yang sama dengan Marissa dan Aslam nyata menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Jangan jadikan bahan ini sebagai bahan marketing kalian

Daripada video yang sempat dikongsikan oleh akaun media sosial perniagaan tersebut, Marissa dan Aslam nampak mesra sambil menggayakan busana raya berona hitam. Dilihat seakan-akan sengaja ‘menunggang’ isu mereka bertiga, justeru Nadiah Mazlan yang merupakan kakak kepada Umisya tampil menegur perbuatan pihak peniaga tersebut.

Misya memang tak tahu waktu shoot tu, perempuan tu juga shoot benda sama

Sebenarnya dari awal lagi, Umisya tidak dimaklumkan bahawa mereka bertiga akan bekerjasama dalam satu projek yang sama. Apabila tiba di lokasi shooting, barulah dia mengetahui Aslam dan Marissa turut berada di situ. Pengusaha terbabit kemudiannya sudah diingatkan supaya tidak memuat naik sebarang perkara yang melibatkan 2 isteri berkenaan. Namun ternyata, peringatan itu diabaikan oleh mereka sehinggalah terhasilnya content sebegitu.

Saya perlu pertahankan adik saya…Tolong jadi manusia yang ada ihsan

Selaku seorang kakak, sudah pasti Nadiah mahu melindungi Umisya daripada dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan. Jika atas tujuan pemasaran sekalipun, dia menegaskan peniaga terbabit tidak seharusnya sampai mengetepikan perasaan dan hati seseorang. Justeru dia menggesa semoga permohonan maaf kepada Misya dapat dibuat.

KREDIT : IG _nadiahmazlan, TikTok ZufyfikriAqish _Qishh

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*