Allahu sedih tgok video Farid kamil masa dekat mahkamah tu.. Lihat Video Diana šŸ‘‰

Shah Alam: “Dia tidak bertemu dan bersalam. Mungkin dia tak nampak dan mungkin dia tak perasan. Saya pun tak pastilah,” kata pelakon, Farid Kamil ketika ditanya mengenai reaksi isterinya, Diana Danielle apabila melihat kedua-dua ibu bapanya hadir ke mahkamah di sesi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, hari ini.

Farid berkata, ibu bapanya juga mungkin tak perasan kehadiran isteri itu memandangkan ramai yang memakai baju dengan warna sama ketika dalam mahkamah.

“Saya rasa, mereka tak perasan mana satu Diana sebab semua yang hadir berbaju hitam. Dia keluar pun tidak ikut pintu utama,” katanya.

Berkongsi mengenai kehadiran ibu bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, Farid berkata, kehadiran mereka dari Kedah membawa bersama sokongan dan doa untuk rumah tangganya.

“Ini kali pertama mereka hadir ke mahkamah dan berikan sokongan. Mereka beri sokongan dan doa agar perkahwinan ini mendapat keputusan yang terbaik dari mahkamah nanti.

“Ibu bapa yang sentiasa menyokong anak mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini, kedatangan mereka jauh dari Kedah untuk bersama-sama melihat situasi perkembangan terkini,” katanya.

Kredit.HM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.