Netizen Sebak Lihat Ibu Bella Astillah Menangis Ketika Dedah Kecurangan Aliff Aziz – ‘Tak Ada Keluarkan Kenyataan Burukkan Kedua Pihak’

Semalam, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Tangisan seorang ibu

Bella membuat pendedahan tersebut kepada pihak media dalam sebuah majlis berbuka puasa yang diadakan di Shah Alam pada petang Rabu.

Difahamkan selebriti berasal dari Sabah itu turut ditemani ibu dan adik perempuannya, Didi Astillah.

Ketika Bella ditemu bual oleh pihak media, kelibat ibunya Zarinah telah mencuri perhatian warganet kerana wanita itu dilihat sayu dan tidak mampu menahan air mata mendengar pendedahan oleh anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila melihat air muka ibu Bella yang kesedihan dan turut menzahirkan rasa simpati terhadap mereka.

Dalam masa yang sama mereka juga memuji sikap ibu Bella yang tidak pernah memburukkan menantunya di media sosial.

Hati seorang ibu lagi sedih bila tengok anak dia dilayan begitu.

Sanjung tinggi mak Bella ni, dari dulu lagi macam-macam kisah pasal menantu dia. Tapi tak pernah dengar yang tak baik keluar dari mulut dia.

Yang baiknya mak Bella sentiasa berfikiran positif, diam-diam tak ada keluar kenyataan yang memburukan kedua-dua pihak.

Mak dia tu nampak geram sangat dah. Tapi mak dia jenis fikir panjang, kalau dia pun join perang..dia jadi orang yang mengeruhkan keadaan. Yang penting sentiasa ada ada dengan anak dia.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: TikTok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.