“Ibubapa jenis lepas tangan ni la contohnya..ntah lah apa dlm fkiran dah nampak anak2 tu lari2 x dilarangnya” – Netizen

Perkahwinan merupakan detik bahagia yang paling dinanti-nantikan setiap individu untuk meraikan penyatuan jiwa bersama pasangan. VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI.

Disebabkan itulah, perancangan yang rapi sudah semestinya perlu dilakukan agar majlis perkahwinan berjalan lancar, sempurna dan tentunya menjadi kenangan paling manis untuk dikenang.

Bagaimanpun, berlainan pula dengan pasangan mempelai ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, pelamin pengantin telah rosak gara-gara aktiviti kanak-kanak yang tidak dipantau oleh ibu bapa mereka.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pengantin lelaki dan beberapa individu yang lain sedang cuba membaiki semula bahagian pelamin yang jatuh di atas pentas.

“Mak Ayah yang bawa anak-anak datang kenduri kahwin tolong awasi anak-anak ya. Kesian kat pengantin sewa pelamin mahal-mahal roboh sebab budak-budak main kejar-kejar kt atas tu,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Kesian pengantin

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa kepada pengantin tersebut pada hari bahagia mereka.

Ibu bapa tolong lah jaga anak bila pergi mana-mana majlis!

Bukan itu sahaja, netizen sempat menitipkan nasihat kepada orang di luar sana terutamanya golongan ibu bapa supaya sentiasa memantau anak ketika menghadiri apa-apa jenis majlis.

Kredit – OMM dan Tiktok @fitrinruslee

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*