Kejutan Dari Petronas – 5,000 Pekerja Bakal Hilang Pekerjaan Dalam Langkah Penstrukturan Semula

Petronas baru-baru ini umumkan yang mereka akan kurangkan kira-kira 10% daripada jumlah pekerja mereka, yang sekarang ni sekitar 50,000 orang. Ini bermakna lebih kurang 5,000 kakitangan mungkin akan terlibat dalam proses ni.

Tapi jangan risau, CEO Petronas, Tengku Muhammad Taufik, tekankan yang ini bukanlah pembuangan pekerja secara besar-besaran.

Sebaliknya, mereka tengah buat ‘right-sizing’ atau pelarasan saiz organisasi untuk pastikan syarikat kekal berdaya saing dalam jangka masa panjang.

Langkah ni diambil sebab industri minyak dan gas sekarang ni tengah hadapi banyak cabaran, termasuk perubahan dalam permintaan dan teknologi.

- IKLAN -

Petronas nak pastikan mereka boleh terus beroperasi dengan efisien dan berdaya tahan. Proses pelarasan ni dijangka akan siap menjelang pertengahan tahun ni dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Yang penting, Tengku Muhammad Taufik juga jelaskan yang proses ni akan melibatkan semua peringkat dalam syarikat, termasuk pengurusan atasan.

Mereka janji akan laksanakan pelarasan ni dengan adil dan penuh hormat kepada semua yang terlibat.

Jadi, walaupun ada perubahan besar yang bakal berlaku, Petronas berusaha untuk pastikan proses ni berjalan lancar dan adil untuk semua pihak.

Kredit – MalaysiaGazette