Kalau nak pilih pasangan pilih yang baik.. Bukan hati busuk macam bangkai..”-Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini mengundang persoalan ramai apabila memuat naik hantaran di Instagram Story seolah-olah memberi ‘pesanan’ kepada seseorang.

Menurut selebriti ini, adalah penting dikelilingi orang yang baik-baik untuk mengelakkan diri daripada menjadi manusia berhati busuk.


“Sebab itu pilih orang keliling atau pasangan kita itu penting.

“Kalau keliling atau sebelah kita hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau itu dekat kita.

“Bila hati kau dah membusuk dan berulat, babi hutan depan kau pun, kau nampak macam british short hair (kucing baka mahal),” coretnya penuh sinikal menerusi InstaStory.

Tanpa menyebut sebarang nama, Rita berkata ‘individu’ yang dimaksudkan tak pernah rasa bersalah walaupun dah bertahun-tahun menganiaya orang lain.

Luah Rita lagi, dia layak untuk berkongsi mengenai kehidupan di media sosial dan orang lain tiada hak untuk mempertikaikannya.


“Bila kau dah bertahun-tahun buat tahi pun kau rasa kau tak pernah salah, maknanya, kau ada masalah hati.

“Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah. Kalau kau boleh kongsi life (hidup) di media sosial, kenapa nak pertikai apa yang aku kongsi?

“Aku pun ada hidup yang aku rasa ‘suka hati aku nak kongsi atau tidak’. Ke ada sesuatu yang tak selesai, sampai kau terkesan,” soal pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum Junior itu.

Dalam pada masa yang sama, Rita turut persoalkan individu itu jika ada masalah yang belum selesai antara mereka hingga berlaku pertelingkahan semula.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*