Puting beliung api muncul di LA, rupanya ini punca terjadinya fenomena ini

Puting beliung api atau dikenali sebagai fire tornado (firenado) muncul di tengah kebakaran Palisades ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus merebak di Los Angeles memusnahkan keseluruhan kawasan kejiranan dan mengorbankan lebih 20 orang.

Video bagaimana puting beliung berapi muncul :

 

@news_finKebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles, California, belum berhasil dipadamkan. Di tengah kobaran api, muncul fenomena tornado api atau “firenado,” yang terlihat di daerah elite Pacific Palisades pada Jumat malam waktu setempat. Tornado api terbentuk akibat udara panas dan gas dari kebakaran menciptakan kolom berputar yang mengangkat api, asap, dan puing-puing. Namun, ilmuwan iklim dari UCLA, Daniel Swain, menyebut pusaran api ini lebih menyerupai pusaran debu daripada tornado sejati. Hingga kini, kebakaran tersebut telah menyebabkan 24 orang meninggal dunia, dengan penyebab pastinya masih dalam penyelidikan. #Kebakaran #LosAngeles #AmerikaSerikat #California #TornadoApi #PacificPalisades #Viral #KawasanElite #Angin #Bencana #InfoTerkini♬ suara asli – FIN.CO.ID

Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Deanne Criswell memberi amaran bahawa angin yang berbahaya dan kuat dijangka mempercepatkan penyebaran kebakaran ke kawasan kediaman.

- IKLAN -

“Angin dijangka kembali menjadi kuat dan berbahaya. Perkara paling penting yang perlu diketahui orang ramai adalah bahawa keadaan ini masih berbahaya,” katanya kepada CNN pada Ahad.

Seramai 24 orang disahkan terkorban setakat ini dengan lapan mangsa ditemukan di kawasan kebakaran di Palisades, manakala 16 lagi di Eaton.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti mangsa.

Sementara itu, puluhan ribu penduduk yang diarah meninggalkan kediaman mereka tidak dibenarkan pulang selama sekurang-kurangnya empat hari.

Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone berkata angin kencang yang dijangka berlaku sepanjang minggu ini menjadikan keadaan kecemasan kebakaran belum selesai.

Jelasnya perbincangan mengenai pemulihan hanya akan bermula selepas angin kuat berlarutan hingga Rabu. -AFP