“Apabila diri dekat dengan Allah, maka apabila sakit pun sentiasa ingat Allah..” -Netlzen

Penyanyi Sharifah Zarina, yang popular dengan lagu Langit Ketujuh, mencuri perhatian ramai apabila anaknya, Athalia, berkongsi momen lucu dan menyentuh hati di TikTok.

Selepas menjalani pembedahan di hospital, Sharifah Zarina dilihat seolah-olah sedang melakukan ibadah tawaf dan solat walaupun masih dalam keadaan mamai akibat kesan ubat bius.

Anak tak sangka dapat rakam momen istimewa…
Athalia mengaku terkejut apabila sempat merakam ibunya yang walaupun terbaring di katil hospital dengan mata tertutup, seolah-olah sedang membaca bacaan tawaf dan melakukan pergerakan seperti solat.

Dia seperti sedang solat dan tawaf, padahal masih belum sedar sepenuhnya.- Katanya dalam video tersebut.

@officialathalia If it was me, entahlah apa yg akan jadi😂 #fyp #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #trend #foryou #40 #40masihmuda #sharifahzarina ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Pembedahan buang batu karang…

Walaupun Athalia tidak menyebut secara terperinci keadaan ibunya, melalui perkongsian di TikTok Sharifah Zarina, penyanyi itu menjalani pembedahan membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan. Pembedahan tersebut berjalan lancar, dan Sharifah Zarina kini dalam keadaan stabil.

Ramai warganet kagum dengan momen tersebut, menyatakan betapa bertuahnya Sharifah Zarina kerana masih ingat kepada Allah walaupun di bawah pengaruh ubat bius.

Ada yang berkongsi pengalaman serupa ketika mereka sendiri berada dalam keadaan separa sedar akibat ubat bius.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.