“Saya sayang isteri saya..” Ini Komen Nedim Tentang Status Hubungan Bersama Nora Danish
Kisah rumah tangga di antara pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri telah diketahui umum baru-baru ini.
Nora Danish sendiri mengakui hal ini apabila mengiyakan bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal di bawah satu bumbung yang sama ketika ini.
Jelas pelakon drama Puteri itu, dia dan Nedim kini tinggal di rumah kelaurga masing-masing.
Ianya berlaku sejak tiga bulan yang lalu.
Nora berkata kini dia dan suami sedang cuba selesaikan kemelut yang melanda dan menegaskan bukan kerana kehadiran orang ketiga.
KENYATAAN NEDIM
Setelah isu ini diketahui umum, Nedim Nazri akhirnya tampil memberi kenyataan tentang isu rumah tangga nya itu.
Nedim mengulas melalui satu sesi live yang diadakan baru-baru ini.
Jelasnya, hubungan mereka sedikit bergolak namun ianya lebih kepada gaduh manja saja.
Nedim menegaskan dia masih lagi sayangkan Nora Danish.
“Tiada apa pun, saya sayangkan isteri saya. Tolong lah, jangan nak lawak yang karut. Jangan cakap pasal kami berpisah, tidak baik.”
“Saya dan isteri masih dalam keadaan baik, kami merupakan rakan dan pasangan yang baik.”
“Bergaduh manja itu betul. Masalah kecil saja, kami berdua dalam keadaan yang okay.”
“Kami masih baik. Syukur alhamdulillah, saya memang nak bawa isteri dan anak keluar.”
Tentang dirinya dan isteri duduk berasingan, antara faktor yang diberi oleh Nedim ialah keadaan rumah mereka yang alami masalah renovation ketika ini.
“Tak ada bendalah, memang kini kami berdua tinggal berasingan, ini pun kerana rumah kami masih lagi dalam proses renovation.”
Itulah sedikit statement dari Nedim tentang hubungannya dengan Nora.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dikurniakan cahaya mata bernama Neyqal.
Doakan yang baik-baik saja buat Nora Danish dan Nedim Nazri, semoga semuanya berjaya diselesaikan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.