‘Sedap Lajak!’ – Eda Ezrin Terjah Daging Belengas Viral, Akui Pasti Akan Datang Semula

Eda Ezrin

KOTA BHARU – Populariti Daging Belengas viral yang semakin menjadi sebutan di Kota Bharu akhirnya menarik perhatian pempengaruh media sosial terkenal, Eda Ezrin, untuk datang merasainya sendiri. Dalam sebuah video yang dikongsikan, Eda menceritakan pengalaman pertamanya berkunjung ke Restoran Fizow Kitchen yang terletak di Sri Cemerlang, dan ulasannya ternyata tidak mengecewakan para pengikutnya.

@edaezrin99 🔥 Daging Belengas Viral Kota Bharu‼️ Eda Mari Try sediri Nasi Berlauk sini memey tak rugi 👀 Lokasi:📍 Fizow Kitchen, sri cemerlang #DagingBelengas #FizowKitchen #foryoupage❤️❤️ #fypシ゚viral @FIZOW KITCHEN KOTA BHARU @Syafirah Saripudin ♬ original sound – EDA EZRIN EMPIRE

Menurut Eda, kunjungannya itu didorong oleh bualan dan pujian orang ramai yang sering didengarinya mengenai kelazatan hidangan di restoran tersebut.

“Eda pertama kali mari sini ni. Dengar-dengar Daging Belengas ni, bunyi orang duk ‘sohor, sohor, sohor’ (terkenal) Fizow Kitchen,” katanya sambil mula menikmati hidangan nasi berlauk di hadapannya.

Tidak perlu menunggu lama, reaksi pertama Eda selepas merasai sendiri hidangan tersebut sudah cukup untuk membuktikan kebenarannya. Dengan riak wajah yang amat puas hati, beliau memberikan markah penuh.

- IKLAN -

“Tapi memang puas hati, sedap lajak!” puji Eda menggunakan dialek pekat Kelantan yang bermaksud “terlalu sedap”.

Eda Ezrin

Video tersebut turut memaparkan pelbagai jenis lauk-pauk asli Kelantan yang disajikan secara layan diri, menambahkan lagi keterujaan sesiapa sahaja yang menonton. Antara hidangan istimewa yang sempat ditunjukkan termasuklah:

  • Lemak Bakar
  • Kulat Sisir Goreng
  • Mongge Ayam
  • Ikan Bekok
  • Dan sudah tentunya, Daging Belengas itu sendiri.

Sambil menikmati makanan, Eda tidak lokek berkongsi kegembiraannya dan mengajak orang ramai untuk turut serta.

“Memang sedap-sedap belaka. Siapa nak makan, sek mu (anda semua) kena mari dekat Sri Cemerlang deh,” pelawanya dengan mesra.

Eda Ezrin

Keyakinan Eda terhadap restoran itu disimpulkan dengan jaminan yang padu kepada para pengikutnya. “Mari sekali, pasti repeat pula!” katanya, memberi isyarat bahawa satu kunjungan sahaja tidak akan cukup untuk memuaskan selera.

Bagi peminat masakan Kelantan dan mereka yang ingin merasai sendiri Daging Belengas yang menjadi sebutan ramai, ulasan jujur daripada Eda Ezrin ini pastinya mengesahkan bahawa Fizow Kitchen adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

Kredit – Tiktok Eda Ezrin