“Ini penjelasan peguam saya” peguam Hidayah jelaskan mengapa tak ambil wang dari Ali semalam

Hari ini, pihak Hidayah telah membuat satu kenyataan melalui peguamnya.

Ini ekoran kedatangan Ali Puteh ke rumah untuk membayar hutang kepadanya semalam.

Menerusi satu video, Hidayah duduk bersama peguamnya dan menjelaskan keadaan dan status hutang berkenaan.

“Saya Siti Norhidayah bersama Peguam, Tuan Ibrahim. Ini merupakan penjelasan daripada pihak peguam saya, terima kasih.”

Peguam juga menjelaskan mengapa pihak Hidayah boleh menolak untuk mengambil wang berkenaan secara tunai yang dibawa Ali semalam.

Kata peguam, tindakan Ali Puteh membawa wang semalam terus secara tunai boleh di sisi undang-undang, tiada kesalahan.

Namun atas beberapa sebab, pihak Hidayah meminta agar wang tersebut diuruskan dengan lebih baik.

Yang paling penting ialah bab keselamatan.

Tambahnya, Ali hadir pada waktu petang membawa sejumlah wang yang banyak, malah ianya pun dibuat secara live.

Maka, sudah tentu ramai yang dah tahu lokasi serta kediaman berkenaan mempunyai wang yang banyak.

Ini boleh mendatangkan ancaman dari segi keselamatan.

“Encik Ali hadir lebih kurang jam 6 setengah petang, dah nak Maghrib, dengan membawa sejumlah wang tunai RM75 ribu.”

“Hidayah ada hubungi saya untuk tanya sama ada dia boleh ambil wang berkenaan.”

“Dari segi undang-undang tiada masalah, untuk Encik Ali bayar secara tunai, tapi saya ambil kira waktu itu, waktu senja, ianya dibuat secara langsung, maka semua tahu ada wang yang jumlah besar ada di rumah Hidayah.”

“Atas faktor keselamatan, kami sarankan Encik Ali untuk serahkan kepada firma peguam atau pun masuk terus ke akaun bank.”

“Ini semua merupakan faktor keselamatan.”

Selain itu, peguam juga ada memberi penjelasan tentang kadar faedah pembayaran hutang yang jadi tanda tanya semalam.

Ini video penuh dari peguam Hidayah.

Itulah perkembangan terkini tentang kes hutang dan juga saman di antara ALi Puteh dan juga Hidayah.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.