“Memang Dah Lama Teringin Nak Buat Termasuk Kening, Bibir Dan Lidah Tapi…”

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya mengakui menerima kecaman daripada netizen berhubung penampilannya yang menindik hidung.

‘Saya memang dah lama teringin’

Menerusi program bual bicara bersama Sembang Wanita Xtra, Aleya atau nama lengkapnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 43, berkata, subang hidung yang dipakainya hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkannya.

Selain berpendapat bahawa perkara tersebut tidak sewajarnya diperbesarkan.

Saya akui memang menerima komen negatif daripada netizen kerana menindik hidung. Bertenang, ini sekadar subang hidung.

Aleya turut berkongsi bahawa hasratnya untuk bertindik bukanlah terhad kepada bahagian hidung sahaja, malah pernah menyimpan keinginan untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah.

- IKLAN -

Namun, dia melupakan keinginan tersebut selepas menyedari kesan serta pantang larang yang perlu ditanggung, termasuk memerlukan penjagaan rapi.

Saya memang dah lama teringin nak buat termasuk di bahagian kening dan lidah. Tapi nak pakai di bahagian kening agak remeh, kena pakai saiz yang betul sebab kalau tidak dia kana jatuh. Jadi saya takut sebab dia akan meninggalkan parut.

Di bahagian lidah pula, banyak pantang larang contohnya, saya perlu makan makanan yang lembut selama dua minggu dan tak boleh makan makanan pedas. Saya pula seorang yang suka makan pedas. Jadi saya lupakan hasrat untuk tindik lidah.

Tambah pelakon filem Idola itu lagi, tindikan di hidung hanyalah sekadar aksesori yang digemarinya dan turut mendapat sokongan suaminya. Malah, dia menegaskan bahawa dia tidak perlu mendapatkan persetujuan orang lain untuk menyukai penampilannya itu.

Pada akhirnya itu hanyalah subang hidung. Saya menyukainya. Suami saya suka. Cuma ibu dan bapa saya saja ada bertanya tak sakit ke tindik di bahagian hidung. Tetapi mereka tidak marah. Mak saya kadang-kadang puji bila saya bertukar-tukar subang.

Saya suka, korang tak suka tak apa.

Aleya turut menyatakan kesediaannya untuk menanggalkan subang hidung sekiranya diminta berbuat demikian bagi menjayakan sebarang program televisyen atau penggambaran.

Lagipun subang ni boleh ditanggalkan blila-bila masa sahaja. Kalau untuk tujuan pengambaran kalau diarah untuk tanggalkan dan saya akan berbuat demikian. Itu bukan masalahnya. Sebab saya pun faham.

Video

@mingguanwanita Bertindik hidung, Leya akui tak kisah dikritik. “Baik suami, ibu dan ayah juga sporting, tak melarang. Menyentuh tentang penampilannya yang bertindik di hidung, sosok yang sangat peramah dan lebih selesa dipanggil Leya itu tidak kisah jika dirinya dikritik. Bagi Leya terpulang kepada mereka sama ada hendak terima atautidak penampilannya itu. Asalkan dirinya selesa. Sharifah Aleya pelakon, pengacara dan penyampai radio The LITEBreakfast, LITE FM sewaktu hadir menjayakan sesi temubual Sembang Wanita Xtra begitu bertenaga dan sangat segar sewaktu berbicara. Saksikan video penuh temubual eksklusif bersama Leya di Sembang Wanita Xtra malam ini jam 8 malam. #sembangwanitaxtra #mingguanwanita #wanita #temansetiapwanita #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Kredit- OhBulan