Isteri Along Cham Did4kwa Sel3weng Dana Awam RM100,000

Pelawak terkenal, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa bahawa isterinya, Afreena Suhaimi, telah menyeleweng dana awam yang dianggarkan bernilai RM100,000. Dana tersebut dipercayai hasil sumbangan orang ramai, termasuk golongan selebriti, yang bertujuan untuk menyokong Along sepanjang beliau ditahan di Penjara Sungai Buloh atas pertuduhan memiliki dadah sejak penghujung tahun lalu.

Skandal Dana RM100,000: Along Cham Dedah Kebenaran

Menurut Along, dana yang dikumpulkan itu sepatutnya digunakan untuk keperluan peribadi dan keluarganya semasa beliau berada dalam tahanan. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dana tersebut tidak sampai ke tangannya.

Manakala wang untuk membayar ikat jamin Along Cham semalam pula katanya, adalah hasil bantuan ibunya Siti Habsah Kadir, ahli keluarga, serta rakan selebriti, Didie Alias ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sumbangan dana tersebut dikatakan digunakan untuk menampung keperluan anak lelakinya, Ahmad Daniel. Namun, sepanjang tempoh penahanannya, anaknya telah dijaga sepenuhnya oleh Didie Alias tanpa melibatkan Afreena.

Aaron Aziz Antara Mangsa Penyelewengan Dana Awam oleh Isteri Along Cham

Dalam kenyataan lanjut, Along mendedahkan bahawa pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz turut menjadi salah seorang penyumbang yang terlibat dalam dana tersebut. Aaron dikatakan telah menyumbang sebanyak RM5,000 selepas Afreena meminta wang sejumlah RM20,000 kononnya untuk membayar ikat jamin Along.

- IKLAN -

Along menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan kepada Aaron untuk berusaha mendapatkan kembali wang tersebut. Dalam masa yang sama, beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang menjadi mangsa penyelewengan dana ini atas tindakan isterinya.

Laporan Polis Telah Dibuat ke Atas Isteri Along Cham

Siti Habsah, ibu kepada Along, telah bertindak membuat laporan polis berhubung isu penyelewengan dana awam tersebut. Pihak berkuasa juga dimaklumkan akan memanggil mana-mana pihak yang pernah memberikan sumbangan untuk membantu siasatan lanjut.

Sebelum ini, Afreena sering menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram yang memohon keadilan untuk suaminya dan berharap beliau dibebaskan segera.

Namun, situasi berubah apabila semalam, Along Cham dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis. Dalam satu insiden emosi, Along dilihat melakukan sujud syukur di kandang tertuduh selepas keputusan mahkamah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berasingan melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah. Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM5,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Kes ini terus mendapat perhatian masyarakat, terutama dalam kalangan selebriti dan penyumbang dana, yang kini menuntut keadilan dan penjelasan atas penyelewengan yang berlaku.

Siti Jamumall Spill Tea Isu Seleweng Dana Isteri Along Cham?

@xtra_my Fuh! Macam panjang lagi isu ni gais🥹😢 #fyp #xtra #alongcham #sitijamumall #selewengdana #isteri #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Sumber : themalaysiapost