Siapa buang? Puluhan beras, sardin ditemui di tapak pelupusan sampah
Tular di laman sosial memaparkan puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di pelupusan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebook, individu tersebut mempersoalkan mengapa barang keperluan tersebut diperlakukan seperti itu.
Pelupusan sampah
Menurut info juga selepas kecoh dalam kalangan penduduk setempat, ada pihak bertindak pantas dengan membakar barangan berkenaan. Ada yang membuat spekulasi bahawa barangan berkenaan sudah tamat tempoh atau sebaliknya.
Difahamkan, sehingga kini motif sebenar kejadian tersebut menjadi misteri dan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas perbuatan membazir tersebut.
Pelupusan sampah
Ahli politik didakwa buang stok makanan?
Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan tersebut telah dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dakwanya, makanan keperluan asas tersebut sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.
Pun begitu, sejauh mana kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan.
: Facebook @Syed Muaz Syed Putra, Berita Harian (RoselanAb Malek)
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.