Slepas setahun brcerai, Akhirnya Irma Hasmie k0ngsi berita ini…

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie yakin urusan jodoh akan datang tanpa dicari.

Irma juga percaya Tuhan akan menghantar jodoh yang tepat tanpa perlu menghebahkan kepada khalayak.

Bagaimanapun perkongsian Irma itu hanya sekadar gurauan di media sosial kerana ingin mengajak pengikutnya untuk bercuti di luar negara.

“Jodoh tu datang sendiri, Allah hantar tak perlu heboh kan? Gurau saja korang (kalian),” katanya.

- IKLAN -

Untuk rekod, Irma kini berstatus janda selepas bercerai dengan Redza Syah Azmeer pada 2023.

Sebelum ini, rumah tangga Irma dan Redza menjadi perhatian selepas bekas suaminya itu berkongsi foto perkahwinan di akaun Instagram.

Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami berantakan selepas Irma memuat naik status mengenai kesabaran seorang wanita, selain jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

- IKLAN -

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.