SPRM Tak Beku Akaun Bank Ziana Zain & Datuk Jalaluddin, Terima Bayaran Antara RM150K-RM400K

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa kehadiran kedua-dua selebriti iaitu Ziana Zain dan Datuk Jalaluddin Hassan adalah untuk memberi keterangan dan melengkapkan siasatan berhubung kes sindiket pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat pengurusan kewangan yang tumpas dalam Ops Sky baru-baru ini.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihak SPRM tidak akan membekukan akaun bank milik penyanyi dan pelakon tersebut.

Saya akan jelaskan ia tidak ada kena mengena pun dengan akaun mereka. Kita tidak akan bekukan akaun mereka,” katanya kepada pemberita.

Azam mengulas mengenai hal itu pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam (Khamis).

Dalam pada itu, jumlah bayaran yang diterima kedua-dua selebriti tersebut sebagai duta bukanlah isu utama sehingga menyebabkan mereka dipanggil.

Tapi kata Azam, jika ia membabitkan jumlah pelaburan besar untuk membayar Ziana dan Jalaluddin maka ada kemungkinan ia boleh menimbulkan kemusykilan.

- IKLAN -

Dalam pada itu, menurut sumber, keterangan ketiga-tiga mereka selesai dirakamkan pada jam 2.45 petang.

Ziana merupakan orang terakhir yang meninggalkan kawasan ini. Mereka yang lain sudah meninggalkan kawasan sebelum dia,” kata sumber.

Difahamkan kesemua selebriti terbabit dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit selepas bertindak sebagai duta kepada syarikat itu.

Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM juga mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi ternama.

Sumber: mStar