Watie Hanifiah dipuji cantik tanpa solekan – “Nampak macam budak sekolah je..”

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah dipuji cantik tanpa solekan ketika menunaikan umrah bersama suami serta anak-anaknya di tanah suci Mekah.

Kata-kata positif tersebut dilemparkan netizen menerusi hantaran foto yang dimuat naik oleh Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah di laman Instagramnya.

Watie Hanifiah dipuji cantik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Dalam perkongsian itu, Watie menitipkan ucapan penghargaan buat Shuib kerana sudah menjadi suami terbaik sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

“Moga Allah pelihara hubungan kita sampai syurga, terima kasih jadi suami yang penyayang untuk isteri daddy,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Watie Hanifiah dipuji cantik

Cantiknya Watie tanpa solekan, macam budak sekolah!

Bagaimanapun, ramai yang beranggapan Watie seperti budak sekolah apabila tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya.

Sekadar info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sumber: Instagram @Watie Hanifiah

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.