Sweetnya! Black Hanifah Kejutkan Isteri Dengan Kereta Idaman, Netizen Sebak

Tak semua orang tahu betapa besar pengorbanan seorang isteri.

Penyanyi Black Hanifah baru-baru ini mendapat pujian ramai selepas berkongsi kejutan istimewa buat isterinya — sebuah kereta idaman sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan dan usaha wanita itu menjaga bisnes mereka selama 3 tahun.

“Saya takkan mampu buat semua ni sorang-sorang. Isteri banyak bantu dan bertahan waktu susah,” kongsi Black dengan penuh rasa syukur.

Momen isteri menangis terharu itu turut dirakam dan tular, menyentuh hati ramai warganet.

Penyanyi Black Hanifah membuat kejutan apabila menghadiahkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, sebuah kereta mewah jenis Mercedes-AMG GLC43.

- IKLAN -

Ia sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan isteri tersayang sepanjang perkahwinan mereka.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, pemberian tersebut lahir daripada rasa syukur, memiliki isteri yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi.

“Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri,” tulisnya di Instagram.

Malah video kejutan istimewa itu turut dikongsikan oleh penyanyi lagu Sofea Jane berkenaan menerusi satu hantaran menerusi platform sama juga kini mula jadi sorotan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

@mediahiburanofficial “Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi. “Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri. “Bukan sebab hari istimewa, tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada… tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” – Black Hanifah [IG; black.hanifah] #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Tambah Black lagi, kereta tersebut sebenarnya sudah lama menjadi idaman isterinya yang turut mesra disapa sebagai Cira.

“Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa.

“Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” luahnya lagi.

Netizen Tersentuh, Doakan Kebahagiaan

Sebelum mendedahkan kejutan sebenar, Black di dalam video tersebut terlebih dahulu membuat ulasan (riviu) kereta di sebuah pusat pameran.

Tanpa disangka, sesi tersebut rupa-rupanya adalah majlis penyerahan rasmi kereta mewah yang telah dibelinya lebih awal untuk isteri tercinta.

Tindakan romantis itu nyata menyentuh hati ramai netizen yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar pasangan ini terus kekal bahagia.

Malah ada warganet yang tersentuh, menitipkan komen yang positif buat pasangan berkenaan.

“Alhamdulillah, semoga rezeki kalian terus melimpah ruah.”

“Bahagia tengok suami yang hargai pengorbanan isteri. Susah nak cari zaman sekarang.”

“Saya bangga dengan awak Black. Bahagiakan isteri akan dimurahkan rezeki selalu. Respek.”

“Semoga Black dan isteri terus setia dan bahagia selalu.”

Untuk info, Black dan Naquia mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Kredit- mediahiburan , nona