Kemain lebar ‘beliau’ senyum kat tepi. Siap bawa bunga bagai. Makcik kantin kot
Ringkasnya, buka tahunan sekolah mengandungi rekod senarai aktiviti persekolahan sepanjang tahun serta gambar-gambar pelajar bersama guru kelas mereka. Pastinya bagi para pelajar pula, pengisian paling menarik dalam yearbook merupakan gambar sekelas mengikut kreativiti masing-masing.
Masa ni memang baru lepas hujan & tempatnya di gunung macam tu
Baru-baru ini juga, seorang pelajar sempat berkongsikan di sebalik tabir bagaimana dia dan rakan sekelas lain pergi ke sebuah kawasan hutan rimba untuk menghasilkan gambar yearbook. Bagi mendapatkan hasil terbaik, mereka yang berjumlah kira-kira 17-20 orang turut mengupah khidmat seorang jurugambar.
Tiba-tiba jurugambar mesej & tanya “Ini siapa”…Padahal semua pelajar kena pakai tudung
Walaupun proses mengambil gambar itu berjalan lancar, mereka kemudiannya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita berwajah seram melalui hasil foto yang ditunjukkan oleh jurugambar. Sambil menutup mata dan tersenyum lebar, sosok berkulit pucat itu turut memegang sejambak bunga.
Ini kawan yang paling hujung…Jelas memang takde sesiapa di sebelahnya
Jelas salah seorang daripada mereka, dari awal lagi pelajar perempuan berbaju hitam yang berada di posisi hujung juga hanya berdiri sendirian tanpa orang lain di sebelah kanannya. Namun setelah gambar diambil, sosok misteri itu jelas berada di sebelahnya.
Sampai sekarang kita tak tahu siapa ‘beliau’…Mungkin pantulan cahaya tapi entahlah
Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam video bergerak, tiada sebarang sosok mencurigakan terakam di lensa mereka sebelum gambar ditangkap. Kisah ‘pelajar terlebih seorang’ ini telah meraih lebih 5 juta tontonan sejak dikongsikan. Mengambil ikhtibar dari situ, mereka turut berpesan untuk sentiasa menjaga adab walau di mana kita berada.
@majapahit.39 1.kamera miring 2.ga semua keliatan 3.aya tumbuhan ngahalangan cik atuh tyl
KREDIT : TikTok Majapahit.39
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.