Tahniah, Pengacara Jihan Muse selamat lahir anak ketiga. Dedah nama dan wajah

Pengacara Jihan Muse, 40, berkongsi berita gembira dirinya sudah pun selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak ketiganya itu.

Berita kelahiran itu dikongsi suaminya, pelakon Ungku Hariz Faizal, 39, di Instagram hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Uh! 🇲🇾 (@ungkuhariz)

Perkongsian Ungku Hariz di media sosial

- IKLAN -

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya.

Dalam ruangan komen, Jihan turut memberitahu maksud nama anak ketiganya itu.

“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah S.A.W dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” tulisnya. Perkongsian Ungku Hariz mendapat perhatian dari peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah pada pasangan itu.

Antaranya, pelakon Sharifah Amani, Mona Allen, Sharifah Shahirah, Catriona Ross dan ramai lagi.

Terdahulu, Jihan memaklumkan dirinya mahu berehat untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anaknya pada konsert kelima Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11) dan tempatnya juga digantikan pengacara Sherry Alhadad.

Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016. Pasangan itu memiliki dua anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6 dan Ungku Altamis Barr, 2 tahun.