[VIDEO] Watie Wish Birthday Talita Anak Shuib Jadi Perhatian, Netizen Tersentuh: “Ketawa Macam Arwah Siti Sarah”
Usahawan Watie Hanifiah yang juga tunang kepada pelawak, Shuib sekali lagi menjadi perhatian apabila membuat perkongsian di media sosial miliknya, hari ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Watie memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan momen-momen manis dia bersama anak kedua Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra, 10.
Perkongsian tersebut dibuat sempena hari ulang tahun kelahiran Talita hari ini. Oleh itu, Watie membuat ucapan istimewa kepada Talita.
“Happy Birthday Doctor Love Aunty.
“Thank you selalu jadi penghibur & peneman Aunty kemana pergi. Selalu back up & menangis untuk Aunty bila time daddy bertukar jadi garang.
“Terima kasih untuk kebaikan dan kasih sayang. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih saya untuk jadi ibu kamu,” tulis Watie.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sebuah video yang memaparkan Watie dan Talita sedang berborak dan bergurau senda bersama.
Ternyata, perkongsian video beserta momen-momen dia bersama Talita sangat manis dan nampak mereka selesa bersama.
Video:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Ramai juga berpendapat cara ketawa Watie seakan-akan mempunyai persamaan dengan gelak tawa Allahyarham Siti Sarah yang juga ibu kepada Talita.
Malah, selain memberi pesanan, ramai turut menitipkan doa buat Watie agar menjadi seorang ibu yang baik kelak demi keluarga.
Untuk info, Watie dan Shuib bakal bernikah pada 23 Jun depan.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwau Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan 3.
Kredit-xtra
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.