” Saya tengok satu-satu may4t anak. Dada pun dah tak ada turun naik. Ketika itulah saya meraung.. ” – Nur Baizura

Perkongsian Video Temubual Bersama Ibu Kemat1an 3 Anak Serentak Tragedi Aiskrim, Nur Baizura Mustaffa Buat Ramai Tersentuh. Rindunya Seorang Ibu Pada Anak-Anak Yang Sudah Tiada. Sedihnya, Cerita Yang Menusuk Ke Hati !!

Tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita kemalangan 3 beradik yang ingin ke kedai untuk membeli aiskrim. Tanggal 24 Jun 2023 tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Nur Baizura Mustaffa apabila ketiga-tiga anaknya menemui ajak serentak di tempat kejadian.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mingguan Wanita, telah dikongsikan temubual bersama Nur Baizura berkongsi cerita mengenai perasaannya semasa dan setelah kejadian menghayat hati itu. Hati ibu mana yang tidak rindu sehinggakan Baizura terdetik kalau lah boleh dikorek kubur anak-anaknya ini untuk dia melihat wajah anak-anaknya itu.

Kerinduan yang berat untuk ditanggung, tiada lagi gelak tawa anak-anak yang menceriakan hari-hari Baizura. Bukan tidak redha, tetapi ianya cukup berat untuk dilalui. Baizura juga turut berkongsi moment ketika dia melihat dengan matanya sendiri anak-anaknya bergelimpangan di atas jalan raya.

Hancur hati seorang ibu, sekelip mata semuanya pergi meninggalkannya sendiri. Kerinduan Baizura terubat apabila Baizura didatangi anak-anaknya itu dalam mimpi. Mimpi yang indah dan masih segar dalam ingatan Baizura. Tidak berhenti air mata Baizura mengalir sepanjang temubual ini berjalan.

Jom tonton video di bawah :

@mingguanwanita “Kalau boleh saya nak korek kubur anak. Nak tengok mereka. Sekali pun jadilah. Kadang saya tidur di tepi kubur sambil peluk batu nesan bila rindu itu datang…Inilah luahan hati Nur Baizura yang kematian tiga anak serentak ketika keluar membeli aiskrim dalam tragedi menyayat hati tahun lalu. Dalam tragedi menyayat hati ini, dengan berbekalkan RM20, satu-satunya wang yang ada untuk ibu bapanya meneruskan hidup hingga hujung bulan, tiga beradik berusia 15, 11 dan 5 tahun ini dilanggar sebuah MPV dan menemui ajal serentak di tempat kejadian. “Orang mungkin boleh cakap sabar dan redhakan pemergian anak tapi “sakitnya perasaan ini” hanya Allah yang tahu. Ikuti kisah sedih Nur Baizura Mustaffa, 35 yang berkongsi pengalaman hilang tiga anak serentak tanggal 24 Jun tahun lalu dan dirinya mengimbas kenangan indah ketika bersama anak-anak yang kini sedang berlari di syurga. Ikuti video penuh kisah tragis ini di Sembang Wanita Xtra jam 8.00 malam 16 Ogos di saluran Youtube Mingguan Wanita selain facebook Mingguan Wanita #mingguanwanita #sembangwanitaextra ♬ original sound – MingguanWanita

@mingguanwanita “SAYA TENGOK SATU-SATU MAYAT ANAK. DADA PUN DAH TAK ADA TURUN NAIK. KETIKA ITULAH SAYA MERAUNG.” *Vodcast penuh di FB / YT Mingguan Wanita #mingguanwanita #sembangwanitaxtra ♬ original sound – MingguanWanita

@mingguanwanita “LEPAS RINDU JUMPA ARWAH ANAK DALAM MIMP!” *Vodcast penuh di FB / YT Mingguan Wanita #mingguanwanita #sembangwanitaxtra ♬ original sound – MingguanWanita

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ya Allah… berikan lah kesabaran, hati yg tenang dab keredhaan kepada puan Nur Baizura.. ”

” Ya ALLAH beriknlh hambaMu Nur Baizura kekuatan hati & iman. Ssungguhnya kami adalh hamba2Mu yg lemah… pimpinlh kami Ya Rabb.. ”

” Dia bukan tak redha.. dia terlalu rindu.. semoga akak kuat.. kadang-kadang rindu itu sangat kejam.. ”

” Tolong Ya Allah, Dikau kurniakn Pn Baizura kekuatan iman , kesihatan dan ketenangan utk dia mnjalani hari2 seterusnya. Aameen.. ”

” Tak mudah ye.. hilang bukan 1 tapi 3 sekali gus.. ni lah ketakutan seorang ibu.. berjurai mata aku menangis dengar kerinduan seorang ibu.. ”

” Korek dn dpt tgk sekali pun jadi lah..telah aku lalui rasa itu… sakit sgttt sakit.. Allah je tahu. Bukan x terima kenyataan tapi hati ni hanya rinduuuuuu.. ”

” Podcast famly2 masa nahas dan terkorban mcm ni mmg menyayat hti kn. banjir wehhh.. Saya menangis dari awal sehingga habis podcast. macam mana la semua yang berada di studio rakaman tu.. ”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sakitnya rindu yang tidak ada penghujungnya dan hanya masa sahaja yang mampu merawat segalanya. Semoga ketiga-tiga anak Baizura ini berbahagia di taman syurga dan Baizura diberikan kekuatan untuk mengharungi hari mendatang dengan tenang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Mingguan Wanita

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.