Video Viral! Toyota Alphard Terjunam Dalam Parit, Pemandu Hilang Kawalan?

Pada pagi 22 Jun 2025, tular sebuah video di media sosial memaparkan dua buah kereta MPV Toyota Alphard yang terjunam ke dalam parit di Jalan Victoria, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok @ecann_azn20, menunjukkan sebuah Toyota Alphard berwarna putih berada dalam parit dengan pintu pemandu terbuka.

Namun, sewaktu video itu berjalan ke hadapan, pemandu kereta terbabit tidak kelihatan di dalam kenderaan tersebut.

@ecann_azn20 Musim Panas , Peti Ais Problem 2 Biji Sekali Tauk Parit 🤦🏻‍♂️ #alphard #taukparit ♬ original sound – FAKE 🍟

Tidak lama kemudian, sebuah lagi Toyota Alphard berwarna hitam turut kelihatan terjunam dalam parit yang sama, namun pada jarak sekitar 100 hingga 200 meter dari lokasi pertama.

- IKLAN -

Kejadian ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan orang ramai mengenai punca kedua-dua kenderaan tersebut terlibat dalam insiden yang sama.

Menurut laporan Kosmo, pemandu Toyota Alphard berwarna putih yang terlibat dalam kemalangan tersebut berusia 52 tahun.

- IKLAN -

Beliau dipercayai telah kehilangan kawalan ke atas kenderaan sebelum terbabas ke dalam parit.

Akibat daripada insiden itu, pemandu tersebut mengalami kecederaan ringan dan terpaksa mendapatkan bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (PBB) Nibong Tebal untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut.

Operasi menyelamat diketuai oleh Komander Operasi Suharto Khoo Mohamad Rosli dan mengambil masa sekitar 24 minit. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan mengenai pemandu Toyota Alphard berwarna hitam yang turut terlibat dalam insiden tersebut. Keadaan pemandu tersebut tidak diketahui, dan tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai insiden itu.

Insiden ini menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai kemungkinan kedua-dua kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan yang sama.

Beberapa komen netizen di media sosial menyatakan:

“Kau turun aku turun”

“Dah kenapa sampai dua-dua masuk dalam parit tu”

“Alphard tu berkawan baik ketika susah dan senang. Sama-sama turun parit”

Kejadian ini mengingatkan kita tentang pentingnya pemanduan yang berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Kredit – buzzkini.my