“berpada2 lahh sayang tuuu!!! sakit mata aku !!!” – Boss James

Kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah dalam suasana Aidilfitri, mencuri perhatian netizen.

Tampil sedondon dengan busana rona jingga, Syed Saddiq dan Bella menghibur pelayar media sosial dengan video cabaran lagu raya, iaitu Meriah Lain Macam nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zain.

“2 Oyen di hari raya,” tulis Syed Saddiq ringkas beserta emoji ketawa dalam hantarannya.

VIDEO PENUH :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

- IKLAN -

Hantaran itu menarik perhatian ramai apabila rata-rata memuji kemesraan Syed Saddiq dan Bella, malah, ada yang menyifatkan mereka pasangan selebriti paling comel setakat ini.

Baru-baru ini, Syed Saddiq mencuri perhatian selepas mengiringi Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi menghantar pelakon dan penyanyi popular itu berangkat ke Tanah Suci.

Syed Saddiq dan Bella menjadi perhatian apabila mereka sering tampil bersama seperti promosi pakaian hari raya dengan mendaki Gunung Kinabalu.

Bella juga pernah hadir ke sidang Dewan Rakyat pada 27 Februari lalu bersama Syed Saddiq, lantas membuatkan ramai peminat semakin teruja.