Anak hamil 5 bulan dibiar berjalan kaki sejauh 15KM balik Setia Alam. INI reaksi netizen..

Pempengaruh, Siti Jamumall mencuri perhatian apabila berkongsi video dirinya yang berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km).

Jalan 15km

@sitijamumallselamat gak sampai😩 last video sempat rekod sebelum battery mati. haha lama dh x berjalan jauh. 15km ngn bawak perut 5 bulan pulak tu

♬ original sound – sitijamumall

Menerusi perkongsian yang dibuat, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin meluahkan rasa syukur kerana selamat sampai ke destinasi meskipun hanya dengan berjalan kaki.

Ujar Siti,  rakaman tersebut merupakan momen terakhir yang sempat dirakam sebelum telefon bimbitnya terpadam akibat kehabisan bateri.

Selamat juga sampai, ‘last’ video yang sempat rakam sebelum bateri telefon bimbit mati.

Lebih mencuri perhatian, Siti memaklumkan dirinya perlu berjalan sejauh 15km dalam keadaan hamil lima bulan.

- IKLAN -

Hahaha, lama dah tak berjalan jauh.

15km dengan bawa perut lima bulan pula itu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan perkongsian Siti.

Mereka juga berpendapat Siti sewajarnya menempah aplikasi e-hailing menggunakan jangka hayat telefon yang tinggal.

Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Siti kemudiannya mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah kembali membujang selepas melakukan konten bercakap di telefon sambil melakukan ‘lip sync’ berlatarbelakangkan lagu Indonesia yang bertajuk ‘Aku Dah Lupa’ pada Mac lalu.

Sumber: TikTok