Patutlah macam ramai tak puas hati, rupanya ini pernah dilakukan pakcik oku

Pada 20 Ogos 2024, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 46 tahun, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman atas tuduhan mencederakan isterinya.

Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Noorinda, memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan mental, memandangkan beliau mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri dan telah berhenti mendapatkan rawatan sejak Mei tahun lalu.

Hakim Wan Suhaila Mohd. membenarkan permohonan tersebut dan mengarahkan Ahmad Nor Al Faizan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Nor Al Faizan didakwa mencederakan kepala, pipi, tangan, dan belakang badan isterinya yang berusia 43 tahun di rumah mereka di Kampung Tanjung Bukit Mentok, Chukai, pada pukul 5.52 petang, 16 Ogos lalu.

- IKLAN -

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 September depan.

Sumber – Kosmo