Gara2 tak restu, Mertua ‘lempang’ menantu di depan org ramai

Sikap buruk ibu mentua adalah dugaan yang banyak dilalui para menantu perempuan di luar sana. Lebih teruk lagi, kebencian yang disebarkan oleh insan bernama ibu mentua terkadang sampai ke tahap meruntuhkan rumah tangga anak sendiri. Namun siapa sangka bagi wanita bernama Dilla Nadi ini, ujian tersebut malah dirasainya sejurus selepas akad nikah.

Tetamu terkejut lihat ibu mentua naik tangan kepada pengantin perempuan

Berdasarkan video yang beredar di media sosial, Dilla dan suaminya, Ali yang baru sahaja bernikah sedang menjalankan ‘sungkem’ iaitu upacara memohon restu daripada ibu bapa kedua-dua pihak. Malangnya, ibu mentua Dilla tiba-tiba melayangkan tangan ke arah pipinya tanpa menghiraukan tetamu lain yang turut melihat perbuatan terbabit. Di hari bahagianya, mempelai itu malah diaibkan oleh ibu mentuanya sendiri. Mujurlah si suami segera memegang tangan dan membawa Dilla pergi dari situ.

Sejahat apa pun dunia, kalau suami berpihak kepadaku, semua akan baik-baik sahaja

Laporan lanjut berkata, tindakan kasar itu berlaku lantaran si ibu mentua yang tidak merestui perkahwinan tersebut. Dilla merupakan seorang ibu tunggal anak satu turut mendedahkan, hubungannya dan Ali sudah dibantah keras sejak zaman bercinta lagi. Dia sudah pernah menolak ajakan untuk berkahwin, namun takdir jodoh mereka nampaknya lebih kuat dari itu meskipun telah berkali-kali diminta memutuskan hubungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kiki Nurhakiki (@nurhakiki_b)

- IKLAN -

Ibu mentua sudah mohon maaf, namun Dilla tidak dapat sembunyikan wajah kesalnya

Rentetan penularan video itu, netizen ikut kesal dengan sikap ibu mentua Dilla. Walau bagaimanapun dalam sebuah perkongsian lain, kedua-dua dilihat sudah berdamai dan ibu mentuanya juga sudah melakukan permohonaan maaf sambil mengelus wajah Dilla.

@dill101♬ suara asli – Dilla nadi

@dill101♬ suara asli – Dilla nadi

KREDIT : Portal Tribunnews, TikTok Dilla Nadi & IG nurhakiki_b