“Nyanyi sedap, ngaji sedap” -Alif Satar dipuji ‘real influencer

Selebriti versatil, Alif Satar dipuji apabila melantunkan bacaan ayat suci al-Quran dengan cukup baik apabila dihulur mic oleh pempengaruh, Qawiyaro dalam segmen ‘tebuk ngaji’.

Sambung Surah Al-Kahf

Menerusi video yang dikongsi di Instagram Qawiyaro, Alif dilihat bersahaja menyambut ayat dari Surah Al-Kahf yang dibacanya dan terdengar sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdul Qawiy Aro (@qawiyaro)

Alif Satar dipuji bacaan bagus, sempat kongsi tentang keadaan dunia lagi

Di kesempatan tersebut, Aliff Satar sempat menceritakan tentang keadaan dunia melibatkan agama Islam serta #gengsubuhmacamjumaat yang dipopularkan olehnya.

Setelah itu, dia dan Qawiyaro turut membaca Surah Al-Nasr yang mengambarkan keadaan sekarang dimana orang ramai semakin tertarik dengan program-program seperti #gengsubuhmacamjumaat sehingga menjadi ikutan bukan di dalam Malaysia sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha kedua-dua individu terbabit kerana menjadikan al-Quran sebagai sesuatu yang sangat dekat kepada semua.

Mereka juga merasakan Alif Satar ‘real influencer’ kerana menjadi contoh yang baik dalam kalangan peminat khususnya anak-anak muda baik dari segi kerjaya seni bahkan dalam kehidupan seharian.

Salute anak-anak muda macam ni

Kita popularkan orang yang betul

Ni memang surah kegemaran Alif

Sumber: Instagram qawiyaro

[redirect url=’https://shope.ee/9UeNL2K8sj’ sec=’19’]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*