Terkini! Tiga Penyampai Radio Era FM Rupanya Telah Dif1tnah Dan Dikh1anati?

Isu membabitkan tiga DJ radio ERA yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman semakin hangat diperkatakan. Namun, satu pendedahan terbaru menunjukkan video yang tersebar sebenarnya telah disunting, mencetuskan ketegangan dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Klip asal berbeza dengan yang tersebar?

Menerusi Facebook, peguam Mahmud Jumaat berkata yang dirinya telah berjumpa dengan Pak Azad yang mendakwa video tersebut telah dipotong menjadi hanya 5 saat. Perkara itu telah buatkan DJ terbabit seolah-olah melakukan kesalahan.

Pertama apa yang disangkakan sebelum ini benar-benar berlaku. Sila rujuk kembali kepada klip yang dimainkan oleh RSN Rayer di Parlimen dan majoriti komentar pempengaruh India di tiktok. Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat 5 saat ketika disebut ‘wei-wei’ sahaja.

Siapa dalang sebenar?

Persoalan utama kini timbul, siapa yang menyunting video ini dan menyebarkannya sehingga mencetuskan ketegangan kaum? Mahmud juga turut mempersoalkan sama ada ahli parlimen RSN Rayer menerima video penuh atau hanya versi yang telah disunting.

Kedua, jelas ada pihak yang menjadi batu api dengan sengaja hanya menyunting bahagian yang menyebut seolah-olah wei-wei sahaja. Apakah RSN Rayer mendapat klip penuh video ini? Sekiranya benar, mengapa hanya bahagian klip ini sahaja dimainkan berulang kali di parlimen.

Netizen tampil bongkar kebenaran

Kemudian, ada beberapa netizen dikatakan telah tampil dengan video penuh yang menunjukkan situasi sebenar. Video penuh ini membantu meredakan salah faham yang timbul dan menjelaskan bahawa ketiga-tiga DJ tersebut tidak berniat menghina sesiapa.

Keempat, selain daripada tarian Pak Azad yang serupa dengan tarian entrance Miki Ghazali dan adanya Pak Azad sendiri yang tag Miki Ghazali bagi klip tersebut, sekiranya kita rujuk tarian pemain bola West Ham United memang bunyi sebutan wei wei (serupa dengan klip video kita) kedengaran ketika menari paqueta.

Namun, siapa yang menyebarkan video suntingan ini? Kenapa ia hanya menunjukkan bahagian tertentu sahaja?

- IKLAN -

Desakan siasatan dan tindakan terhadap penyebar fitnah

Mahmud juga berharap agar pihak polis supaya tidak menghukum DJ ERA tanpa usul periksa, sebaliknya menyiasat dalang di sebalik video suntingan ini yang dikatakan sengaja mahu mewujudkan ketegangan kaum di Malaysia.

Saya harap penjelasan di atas dapat membuktikan bahawa kita semua ditipu dan diperdaya oleh agenda jahat yang cuba memecahbelahkan kita sebagai satu keluarga yang harmoni!

Saya sarankan kepada PDRM daripada siasat 3 DJ radio ini, sebaiknya PDRM siasat siapakah dalang yang menyunting video dan menghasut orang ramai terutamanya kaum india sehingga wujudnya salah faham antara kita semua!

Jangan cepat percaya dengan video yang tersebar di media sosial tanpa mendapatkan maklumat penuh. Saring sebelum sharing! Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu dan tidak membiarkan agenda jahat pihak tertentu memecahbelahkan keharmonian negara.

Peguam percaya 3 DJ radio difitnah, gesa polis siasat dalang tularkan video disunting

Tiga DJ radio didakwa menjadi mangsa fitnah selepas video berdurasi lima saat tersebar luas dan dimainkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

- IKLAN -

Menurut perkongsian dari Facebook peguam, Mahmud Jumaat, video yang tular itu dipercayai telah disunting dan menimbulkan kemarahan ramai pihak, namun penelitian mendalam telah membongkar kebenaran di sebalik insiden ini.

Peguam sahkan 3 DJ radio difitnah, video telah disunting dari rakaman asal

Menurutnya lagi, video tersebut hanya memaparkan sebutan “wei-wei” tanpa konteks penuh.

Jadi, dia meminta orang ramai kembali merujuk kepada klip video yang tular tersebut memandangkan ramai yang meninggalkan komen negatif tanpa melihat video asal.

“Sila rujuk kembali kepada klip yang dimainkan oleh RSN Rayer di Parlimen dan majoriti komentar pempengaruh India di TikTok. Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat 5 saat ketika disebut wei-wei sahaja,” jelasnya

Peguam sahkan 3 DJ radio difitnah, Pak Azad cuma tiru tarian Miki Ghazali

Ujar Mahmud lagi, rakaman penuh yang didedahkan kemudian menunjukkan bahawa Pak Azad hanya meniru tarian Miki Ghazali dengan latar muzik yang mengandungi sebutan “wei-wei.”

Malah, bunyi yang sama juga kedengaran dalam tarian pemain bola West Ham United, Paquetá.

“Mengapa perlu video itu disunting sekiranya mereka benar-benar ingin mencari kebenaran?” soalnya.

Dakwa ada agenda jahat

Susulan daripada itu, dia telah mempersoalkan tujuan utama pihak tertentu yang menyebar video sudah disunting dan meminta keadilan tanpa menunjukkan video asal.

Dia juga melihat bahawa pemotongan video ini sangat jelas dan menunjukkan seperti ada agenda tersembunyi untuk mencetuskan provokasi sekaligus memfitnah tiga DJ radio terbabit.

Gesa pihak berkuasa lakukan siasatan terhadap penyebaran video

Disebabkan itu, beliau menggesa pihak berwajib khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk  untuk menyiasat siapakah dalang di sebalik penyebaran video suntingan ini dan mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menghasut orang ramai.

Tegasnya, ketiga-tiga penyampai radio itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas agenda yang dirancang pihak lain.

Terdahulu, tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah memohon maaf selepas tularnya video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi dalam kepercayaan Hindu.

Tarian yang sinonim dengan upacara suci Thaipusam itu dilakukan oleh salah seorang penyampai sambil menyebut ‘Vel Vel’, diikuti dengan gelak tawa.

Video tersebut menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, M. Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio Era FM.

Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan terhadap isu ini.

Sumber: Facebook Mahmud Jumaat