Lima Termasuk Sepasang Suami Isteri, Anak Dua Tahun pergi buat selamanya.Rupanya…

Kluang: Pasangan suami isteri dan anak 2 tahun antara lima maut dalam kemalangan membabitkan 4 kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sedenak, tengah malam tadi..

Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa pemandu lori treler, lelaki tempatan berumur 35 tahun dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur, ketika tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan kanan telah pecah dan hilang kawalan.

@sinarharianonlineTayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun. Menurutnya, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika treler kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur. #SinarHarian #SinarTerkini #Viral #TayarTreler #Kemalangan

♬ original sound – Sinar Harian

“Ia menyebabkan treler terbabit hilang kawalan dan bergesel dengan Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bersama tiga penumpang di laluan sama.

“Kemudian treler tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan Proton X50 serta Honda Stepwagon Spada yang dinaiki enam beranak dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru.
…..
Kenderaan 1: Treler (Pemandu cedera)
Kenderaan 2: Honda Stepwagon Spada (Tiga maut, tiga parah)
MANGSA MAUT
Nasaarudin Pardi, 36 (Suami)
Siti Khazira Bani, 35 (Isteri)
Mariam Nasarudin, 2 (Anak)
Tiga lagi anak suami isteri tersebut, parah.
Kenderaan 3: Proton X50 (Dua maut)
MANGSA MAUT
Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23
Penumpang hadapan lelaki belum dikenal pasti identiti
Kenderaan 4: Toyota Camry (Tiga cedera)
MANGSA CEDERA
Pemandu lelaki, 38
Penumpang belakang perempuan, 25
Kanak-kanak lelaki, 2
Sumber: Harian Metro / Astro Awani
Foto: Bernama / Media sosial

- IKLAN -