Dua beranak mavt dirempvh kereta semasa menyeberang jalan di Tuaran

Dua beranak maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki melintas jalan berhampiran simpang Kampung Rugading dekat Jalan Kota Kinabalu-Tuaran di sini, awal pagi hari ini.

Difahamkan, dalam kemalangan 5.50 pagi itu, seorang ibu yang menemani anaknya melintas jalan untuk ke sekolah dirempuh sebuah Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tuaran Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kedua-dua dirempuh kereta yang dipandu dari arah Kota Kinabalu menghala daerah ini.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.”

“Pemandu kenderaan terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dan ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memohon saksi awam yang melihat kejadian itu tampil ke Balai Trafik IPD Tuaran untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Haffiz melalui talian 011-61600964.

[redirect url=’https://s.shopee.com.my/8Uqfgku3aV’ sec=’60’]