“Akan kembali, simpan tarikh ni” – Nabil, Pak Azad dan Radin

Tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin yang digantung tugas selama sebulan berikutan satu kontroversi kembali bersiaran di konti, pagi esok.

Menerusi perkongsian dimuat naik stesen berkenaan di Instagram, tiga penyampai berkenaan kembali mengendalikan segmen 3 Pagi Era yang sebelum ini diambil alih penyampai gantian, Munabella, Namie, Sharifah Shahirah dan Haziq Hussni.

“Akan kembali, sila ingat tarikh ini. Hari Isnin, 7 April pada jam 6 pagi bersama geng 3 Pagi Era,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan pengumuman berkenaan, sambil mengalu-alukan kemunculan semula tiga penyampai itu.

- IKLAN -