{Video] Sebak! Que Haidar, Afdlin Shauki berdamai, peluk & tangisan akhiri sengketa lebih sedekad

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkongsi momen sebak ketika berjumpa dengan aktor, Que Haidar selepas lebih sedekad tidak bertegur sapa disebabkan ada insiden yang berlaku.

Saling bermaafan

Mengakui gagal menahan rasa sedih, Afdlin berkata, dia amat merindui untuk bekerjasama semula dengan Que yang disifatkan sebagai salah seorang pelakon hebat.

Lama tak berbual dengan Que. Sebab ada insiden yang sekarang ini kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dengan Que fasal abang (panggilan Afdlin) percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia.

Sangat versatile dan sangat dynamic. Perjumpaan hari itu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih.

Afdlin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok.

Tambah Afdlin, mereka sudah saling bermaafan dan melupakan sengketa yang berlaku sebelum ini. Bagaimanapun, Afdlin tidak memperincikan insiden tersebut sehingga membuat mereka tidak saling bertegur sapa.

- IKLAN -

Kami saling bermaafan dan harapan abang ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que.

@afdlinshaukiofficial Lama abg tk bebual dgn Que. sebab ada insiden yang skrng ni kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dgn que pasal abg percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia. Sangat versatile dan sangat dynamic. Perjumpaan haritu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tk dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih. Kami saling bermaafan dan harapan abg ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que! Siapa igt scene abg dgn Que! Dan filem apaa? Cuba comment! Ps : tq tuan rumah Imillya untuk video yang penuh makna buat abg. #afdlinshauki ♬ original sound – Nashrul Sekon

Sumber: TikTok via OhBulan