Tahniah. Noh Salleh Selamat Bernikah. Rupanya Isteri Beliau Bukan Calang Orang
Kuala Lumpur – Penyanyi Noh Salleh selamat bernikah dengan Fatin Athirah Mustapa atau Athira yang juga seorang peguam, hari ini.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, dan Athira, 30, tampil ringkas dengan persalinan berona putih dalam majlis bahagia mereka itu.
Athira dan Noh. 23 September 2023, demikian kapsyen pada hantaran mengenai pernikahan itu di Instagram miliknya.
Noh baru-baru ini memperkenalkan Athira kepada umum buat pertama kali.
Dia mengakui wanita itu tunangnya dan mengumumkan mereka akan kahwin minggu ini.
Tahniah Noh Salleh
Vokalis Hujan itu sempat berkongsi rasa teruja bakal bergelar suami kepada Athira menerusi hantaran video yang dikongsi seorang pengguna TikTok.
Menerusi video terbabit, Noh dilihat sempat menunjukkan kehadiran tunangnya sebelum memulakan persembahan dalam sebuah acara.
Lagu Biar Seribu yang ingin disampaikan pada hari itu dianggap sebagai simbolik cinta antara mereka.
Video memperlihatkan penyanyi itu membuat pengumuman manis menuju ke gerbang perkahwinan yang hanya beberapa hari lagi mencuri perhatian netizen.
Rata-rata peminat yang singgah ke ruangan komen meluahkan rasa teruja dan mendoakan majlis pernikahan Noh dan pasangannya berjalan lancar.
Sebelum ini, pasangan terbabit melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.
Kad undangan untuk majlis perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Kredit : HM/IG
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.