Netizen Teruja Tengok Gelagat Lisa Surihani Beri Sokongan Pada Yusry Di Konsert GenKRU

Pelakon, Datin Lisa Surihani menyorot perhatian ramai apabila dilihat setia menemani suaminya, Datuk Yusry membuat persembahan ketika Konsert GenKRU hingga dilabelkan sebagai wife material oleh netizen.

Kesetiaan dipaparkan oleh pelakon, Datin Lisa Surihani terhadap suami tercinta, aktor dan penyanyi ahli kumpulan KRU, Datuk Yusry Abdul Halim menerima pujian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Threads, dia berkata pada awalnya tidak mengetahui identiti wanita yang berdiri di tepi pentas sambil menyanyi lagu-lagu di konsert itu.

Ia susulan tular sebuah video memaparkan Lisa berada di tepi pentas menunjukkan sokongan kepada Yusry yang sedang membuat persembahan pada malam konsert GenKRU baru sahaja berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketika kejadian, wanita itu membantu Yusry dengan memberi air dan tuala kepadanya ketika aktor itu memerlukannya.

- IKLAN -

Bagaimanapun apabila dilihat dengan teliti, individu itu terkejut selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan Lisa kerana tidak menjangka kehadirannya di konsert itu.

Daripada atas nampak seorang wanita berusaha di tepi pentas menyediakan air dan tuala untuk Yusry, rupanya Lisa!

Individu itu berkongsi tentang kejadian itu apabila seorang wargamaya memuat naik video menunjukkan aktres itu sedang menyanyi lagu KRU.

Tidak dinafikan, perkongsian wanita itu mendapat respons positif daripada wargamaya yang rata-ratanya turut senang dengan tindakan Lisa.

Sebelum ini, kumpulan trio legenda muzik Malaysia, KRU mencipta gelombang fenomena dengan konsert GenKRU yang diadakan selama tiga hari di Axiata Arena Bukit, baru-baru ini.

Selepas dua hari menghiburkan para peminat pada minggu lalu, Konsert GenKRU akan diteruskan pada 10 Mei ini sebagai persembahan ketiga dan terakhir untuk peminat tempatan, sebelum ke Singapura pada 28 Jun depan.

Menerusi video tersebut, Lisa kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan ketika konsert berlangsung.

Ramai dalam kalangan netizen turut teruja melihat cara Lisa menghargai dan menyokong suaminya sepanjang konsert berlangsung dengan memberikan air minuman serta tuala.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berkata aktres filem popular Istanbul Aku Datang ini beruntung kerana berkahwin dengan ‘crush’ yang telah diminatinya sejak remaja.

 

View on Threads