Cikgu yang kongsikan cerita serumah dengan housemate Pocong telah dijemput Ilahi

Sebelum ini, seorang guru perempuan sempat berkongsikan pengalaman seram di aplikasi TikTok tentang bagaimana dia pernah tinggal serumah dengan seorang penyewa misteri yang rupa-rupanya bukan manusia, tetapi makhluk halus dikenali sebagai pocong. Difahamkan, kejadian aneh itu berlaku di sebuah rumah sewa yang terletak di kawasan Jalan Kebun, Shah Alam.

Ainina tak makan & minum berhari-hari, benda tu muncul sangat kerap

Setelah mengetahui identiti sebenar rakan penyewanya, Cikgu Ainina sempat berkurung di dalam tandas, meminta ibu bapanya menjemput dan segera membawanya pergi dari situ. Berdasarkan penjelasan pengamal perubatan, makhluk itu sudah lama berlegar-legar dan seolah-olah sedang mencari tuan baharu. Meskipun sempat berubat, rupanya tahap kesihatan Cikgu Ainina menjadi semakin merosot saban hari.

Gambar sekadar hiasan

Gangguan berpunca dari orang lama di situ yang bangkitkan benda syirik untuk tujuan tak baik

Apa yang lebih mengejutkan, baru-baru ini kenalan terdekat telah menyampaikan berita tentang pemergian wanita itu Bukan sahaja berdepan kesukaran makan dan minum, malahan Cikgu Ainina sering dihantui oleh makhluk tersebut. Memandangkan Allahyarhamah pernah berkongsi makanan kepada ‘rakan penyewa’ itu, gangguan yang dialaminya amat berat dan seakan sukar untuk diputuskan.

Housemate yang balik kampung tu, kami tak tahu keberadaan dia, hilang macam tu je

Penyewa lain turut berpindah keluar dari rumah berkenaan kerana pernah ternampak kelibat makhluk yang sama. Manakala, keberadaan penyewa pertama yang katanya masih berada di kampung juga kekal menjadi misteri sampai ke detik ini. Dia terus menghilang dan tidak menjawab panggilan dari tuan rumah. Semua pendedahan ini telah disampaikan oleh pemilik akaun TikTok @thekhainis. Dia memaparkan semua penrjelasan mengenai dugaan berat yang dialami oleh Ainina di penghujung hayatnya.

- IKLAN -
@thekhainis Tak dapat bayangkan macam mana la @🍫 berdepan dengan housemate pocong ni #ceritaseram #ceritahoror #sembangentertainment #housematepocong #fyp ♬ original sound – NISA KHAINIS 👻

@thekhainis Sambungan kisah Nina @🍫 dan housemate pocong. Nak dengar dari awal boleh tekan sini @NISA KHAINIS 👻 #ceritaseram #ceritahoror #sembangentertainment #housematepocong #fyp ♬ original sound – NISA KHAINIS 👻

@thekhainis 🤲🏻🥀 #ceritaseram #ceritahoror #sembangentertainment #housematepocong #fyp ♬ som original – Ceci💤

- IKLAN -

KREDIT : TikTok thekhainis